FesyenGaya HidupKecantikan

Gaya Rambut Sesuai Dengan Bentuk Muka Anda

Selalu rimas dengan rambut sendiri dan tak pernah pasti nak potong macam mana bila pergi salon? Ikut nasihat ini dan anda pasti tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi:

  1. Untuk Muka Bujur:

oval-face-hsape

Bagi orang-orang yang secara semula jadinya mempunyai bentuk muka bujur boleh menggayakan apa-apa jenis gaya rambut.

Jika anda berani dan benar-benar mahu menyerlahkan ciri-ciri muka anda, anda boleh cuba gaya rambut yang sangat pendek.

oval-1

Mereka yang mempunyai bentuk muka ini tidak perlu risau untuk menggayakan rambut yang lebih pendek kerana mereka tidak perlu bergantung kepada garis rambut untuk membuatkan muka nampak lebih panjang atau nipis.


  1. Untuk Muka Empat Segi:

square-face-shape

Jika anda mempunyai bentuk wajah empat segi, anda mempunyai dua pilihan, sekiranya anda mahu menjadi berani dan menunjukkan garis rahang, pilih gaya bob.

s1

Jika anda mahu kelihatan lembut, anda boleh cuba gaya rambut fringe Kate Moss yang mempunyai layer yang lembut di sekitar rahang dan leher.


  1. Untuk Muka Bentuk Hati

heart-face-shape

Fringe (rambut di depan) yang tebal dan disisir dari tepi boleh merapatkan kelebaran di bahagian atas muka dan dahi.

medium-length-layered-hairstyles-with-blonde-hair

Untuk anda yang mempunyai bentuk muka hati, dinasihatkan untuk membiarkan rambut yang lebih panjang daripada panjang dagu anda.


  1. Untuk Muka Bentuk Berlian/Oblong

diamong-and-oblong-face-shape

Bentuk muka ini juga boleh menggayakan kebanyakan jenis fringe – bergantung kepada kelebatan kening anda dan saiz dahi anda.

top-50-hairstyles-for-long-faces_19 diamond

Gaya rambut tocang adalah yang paling sesuai untuk anda kerana ia akan menarik perhatian kepada tulang pipi.


  1. Untuk Muka Bentuk Bulat

round-face-shape

Elak apa-apa jenis rambut yang akan menambah kelebaran kerana tidak seperti bentuk muka berlian, ia adalah lebih sukar untuk menggayakan rambut tocang dengan bentuk muka bulat.

gallery-1438197842-rbk-chrissy-teigen

Gaya rambut layer yang lembut dan bertekstur dan ikal akan mewujudkan dimensi di sekitar wajah yang secara semula jadinya tidak ada di sana.

Jangan potong rambut anda lebih pendek kerana ini akan menambah kebulatan muka anda. Walau bagaimanapun, rujuk pendandan rambut anda kerana anda mungkin boleh dikecualikan kepada peraturan ini.

Sumber: Good Housekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button