Gaya HidupKecantikanKesihatan

Menjaga Kulit Menyusahkan Diri

Ia bukan satu perkara baru untuk lelaki tidak suka menjaga kulit muka mereka. Padahal mereka mahu tampil segak dan bergaya. Jika alasannya ialah tidak tahu.. Ini adalah perkara yang paling asas yang anda perlu lakukan untuk kulit anda.

Langkah yang perlu diambil ialah dengan melakukan rutin membersih, merawat, melembapkan dan melindungi – ia tidak terlalu sukar untuk dilakukan demi menjaga organ terbesar dalam badan anda, kulit anda.

Dr Heber daripada Ultraceuticals mempunyai beberapa nasihat mengenai masalah kulit utama untuk lelaki:

  1. Mengguna pencuci muka yang tidak betul

dove-men-care-extra-fresh

Ramai lelaki di luar sana yang fikir sabun biasa adalah baik untuk mencuci muka mereka. Walau bagaimanapun, sabun sebenarnya penyebab yang paling besar mengapa minyak semula jadi kulit anda hilang dan boleh menjejaskan tahap pH kerana kandungan astringen mereka. Ini hanya akan menyebabkan kulit menjadi kering dan iritasi akan berlaku.

these-are-the-2-biggest-mistakes-guys-make-when-they-wash-their-face

Tip: Gunakan pembersih berkualiti yang sesuai untuk jenis kulit anda. Untuk kulit kering, pilih pembersih susu atau gel yang tidak berbuih. Jika kulit berminyak, cuba pembersih antibakteria yang berbuih untuk memastikan jerawat tidak akan tumbuh, terutamanya apabila berpeluh.”

  1. Luka daripada mencukur:

razor-burn

Ini merupakan satu masalah yang sangat biasa bagi lelaki yang mencukur. Ia terutamanya akan lebih menyakitkan pada hari yang panas, apabila anda mula berpeluh atau apabila kolar baju kerja anda bergesel pada leher sepanjang hari.

washing-face-m2woman

Tip: Jika anda mengalami situasi ini, ingat untuk mencukur selepas mandi kerana itu adalah masanya apabila akar bulu dan kulit anda adalah lebih lembut. Ini akan menjadikan proses pencukuran menjadi lebih licin dan lebih selesa. Pastikan anda menggunakan pelembap yang sesuai untuk kulit sensitif yang melegakan serta menghidrat kawasan tersebut.

Apa-apa pun, pastikan anda tidak mengabaikan tips ini demi kulit muka anda sendiri dan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Sumber: M2now

Show More

Related Articles

Back to top button