Bisnes & EkonomiGaya HidupTeknologi

5 Cara Untuk Elak Dari Ditipu Apabila Mengguna ATM

Isu ditipu atau dirompak ketika menggunakan ATM bukan lagi satu perkara yang mengejutkan untuk terjadi di mana-mana. Oleh itu, walaupun mesin ATM secara umumnya sangat selamat untuk digunakan, ianya penting untuk sentiasa berhati-hati.

  1. Perhatikan seluruh kawasan itu terlebih dahulu

atm-over-the-shoulder

Elak menggunakan ATM jika ada individu yang mencurigakan di sekitar anda, dan jika ada yang memerhatikan anda, segera batalkan transaksi tersebut dan beritahu pekerja di sana.

Jangan terima bantuan daripada orang yang tidak dikenali seolah-olah bermaksud baik dan tidak membenarkan diri anda untuk menjadi terganggu pertengahan transaksi.

  1. Periksa mesin ATM terlebih dahulu dan lihat jika ia mungkin telah diubah dalam apa jua cara

 atm-card-skimmer

Jika ia kelihatan seperti ada apa-apa sambungan lain pada slot kad atau papan kekunci, jangan gunanya, dan jangan cuba untuk mengeluarkan apa-apa peranti yang dipasangkan pada mesin.

Tanda-tanda yang mesin ATM itu telah diusik adalah slot kad yang longgar atau tersekat menunjukkan bahawa ia telah direka untuk memerangkap kad anda. Selain itu, pad PIN yang ketebalannya seperti span juga boleh menunjukkan kehadiran peranti untuk menangkap nombor PIN anda juga.

  1. Rapatkan diri anda dengan mesin dan lindungi pad kekunci dengan tangan anda semasa memasukkan nombor PIN anda.

atm2-1470597165

Senario yang paling biasa adalah di mana penipu berjaya perangkap kad anda supaya mereka boleh mengambilnya sebaik sahaja anda telah pergi, atau untuk ‘skim’ maklumat dari kad.

Dalam kedua-dua kes, mereka masih perlukan PIN anda untuk membolehkan mereka menggunakan maklumat yang diperolehi.

  1. Jika kad anda tersekat atau ditelan oleh mesin, laporkan dengan segera kepada bank atau institusi anda.

atm-debit-card_0_0_0_0_0_0_0_0_0_0_2

Sebaik-baiknya lakukan ini dengan menggunakan telefon bimbit anda semasa anda masih di depan mesin – anda perlu mempunyai nombor telefon 24 jam syarikat kad anda.

  1. Rahsiakan nombor PIN anda setiap masa

bank-fraud

Jangan sekali-kali mendedahkannya kepada sesiapa, terutamanya kepada orang yang mendakwa dari bank anda, polis, dan pada mereka yang kononnya mahu ‘membantu’ anda.

Sumber: Good Housekeeping

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close