AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Apakah Gelaran Bill Jika Hillary Menjadi Presiden? Mr. Presiden? Lelaki Pertama?

Dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat, satu persoalan yang rumit telah timbul jikalau Hillary Clinton memenangi kerusi tertinggi itu. Persoalannya ialah apakah gelaran terbaik kepada suami presiden?

Amerika Syarikat tidak pernah mempunyai presiden berjantina perempuan dan hanya seorang presiden yang kekal bujang sepanjang pemerintahannya iaitu James Buchanan.

Bill Clinton bakal berdepan dengan dilemma istimewa ini kerana bukan sahaja beliau bakal menjadi lelaki pertama tetapi beliau juga bakal menjadi mantan presiden pertama untuk kembali ke White House sebagai pasangan.

Mantan gabenor Arkansas ini telah dilantik sebagai presiden selama 8 tahun dengan dua perlantikan pada tahun 1992 dan 1996.

thowland_1378763011

Adalah suatu kehormatan untuk menggelar “presiden” bagi sesiapa yang pernah memegang jawatan tersebut walaupun sudah tidak lagi berkhidmat di pejabat.

Namun jika apa yang diramalkan adalah benar dan Hillary Clinton bakal memenangi kerusi presiden, maka Bill Clinton tidak boleh lagi dirujuk sebagai ‘President Clinton’ setelah isterinya rasmi menjadi Presiden pada bulan Januari kerana ia bakal menyebabkan kekeliruan.

Lisa Grotts, seorang pakar etika berkata kepada AFP bahawa dilema gelaran kepada pasangan lelaki telah ditangani di peringkat negeri.

“Di Amerika Syarikat, kita mempunyai enam gabenor wanita dan suami mereka secara tidak rasminya digelar ‘First Gentleman’ tetapi tidak ada peraturan sebegini terhadap pasangan presiden,” katanya.

“Apabila pernah menjadi presiden, maka gelaran beliau akan kekal menjadi presiden sehingga ke akhir hayat.” katanya.

Protokol

Allida Black, sebuah pakar dalam wanita pertama di Persatuan Sejarah White House, telah berkata kepada AFP bahawa dari segi protokol, gelaran Bill Clinton bakal kekal sama apabila pasangan suami isteri ini ke majlis rasmi seperti makan malam negeri.

“Mereka bakal menjadi Presiden Clinton dan Mantan Presiden Clinton,” kata Black.

Hillary Clinton, former U.S. secretary of state and 2016 Democratic presidential candidate, right, stands on stage with husband Bill Clinton, former U.S. president, at the conclusion of the Jefferson-Jackson Dinner in Des Moines, Iowa, U.S., on Saturday, Oct. 24, 2015. With Vice President Joe Biden officially out of the presidential race, the nation's first nominating contest between front-runner Clinton and Senator Bernie Sanders is gaining steam, according to a new Bloomberg Politics/Des Moines Register Iowa Poll. Photographer: Daniel Acker/Bloomberg via Getty Images
Photographer: Daniel Acker/Bloomberg via Getty Images

“Kita pernah melalui perkara yang sama dengan keluarga Bush,” tambahnya lagi, merujuk kepada George H.W. Bush, Presiden AS ke-41 dan anak lelakinya, George W. Bush, Presiden AS ke-43.

“Kita mempunyai presiden Bush dan mantan presiden Bush, oleh itu apabila mereka hadir bersama, mereka diperkenalkan seperti itu, dan pasangan Clinton bakal diperkenalkan seperti mereka,” katanya.

Namun, panggilan harian mereka akan dikendalikan oleh pakar dalaman, kata Black.

“Pegawai protokol di pejabat presidien yang bekerja untuk pasangan Clinton akan memutuskan bagaimana untuk memberi nama baru kepada Pejabat Wanita Pertama (Office of the First Lady),” kata Black.

“Jika Hillary Clinton berkahwin dengan seseorang yang belum pernah menjawat jawatan Presiden, Bill Clinton bakal mendapat gelaran Lelaki Pertama, tetapi oleh sebab Bill Clinton pernah memegang jawatan presiden, beliau akan kekal digelar ‘Mantan Presiden’ dan bukannya ‘Lelaki Pertama’.

Apa yang jelas ialah Bill Clinton tidak akan kembali menggunakan gelaran gabenor atau mantan gabenor kerana ia akan melanggar protokol.

“Gelarannya bakal turun berbanding gelarannya sebagai mantan Presiden,” kata Black.

Secara tradisi, wanita pertama (first lady) mempunyai kakitangan dan bajet tersendiri di White House dan biasanya menangani isu yang tidak terlalu kontroversi.

Seperti Laura Bush mengambil isu bacaan dan pembelajaran; Michelle Obama menangani isu obesiti dan nutirisi berkhasiat melalui tamannya di White House. Beliau juga menunjukkan sokongan yang kuat terhadap pesara tentera dan keluarga mereka.

Oleh itu, isu yang berbangkit dalam lingkungan politik pada kali ini adalah apakah peranan yang bakal diambil oleh lelaki pertama (First Gentleman) – jika itulah gelaran yang bakal dipanggil dan digunapakai.

clinton_global_initiative_2

Bill Clinton telah berjanji akan mengangkat kaki daripada pertubuhan amal milik keluarga mereka iaitu Clinton Foundation jika isterinya bakal dipilih.

Beliau masih kekal cergas dan aktif tetapi telah berjanji untuk meninggalkan perkara yang telah mengambil masa persaraannya walaupun menjana hasil yang lumayan melalui penulisan pidato dan pasangan Clinton ini telah menghasilkan jutaan dolar sejak melangkah keluar dari pejabat awam.

Secara rasminya, Bill Clinton tidak dibenarkan menerima gaji kerajaan sepanjang tempoh jawatan isterinya.

“Beliau tidak boleh mempunyai kedudukan rasmi berbayar tetapi boleh menjadi penasihat tidak rasmi isterinya,” kata Black.

Keadaan ini akan menjadi berlawanan dengan keadaan semasa Bill Clinton menjadi Presiden di mana Hillary Clinton telah mengetuai usaha pentadbirannya yang gagal memperbaharui penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Hillary Clinton pada awal tahun telah bercadang memberi tugas kepada suaminya untuk menerajui pentadbiran dalam usaha memulihkan semula ekonomi kerana kejayaan semasa pentadbiran suaminya dalam mengimbangi belanjawan AS dan mencipta berjuta peluang pekerjaan.

Sumber: Awani

Show More

Related Articles

Back to top button