FesyenGaya Hidup

Jawapan Untuk Tampil Bergaya Dan Ingin Kelihatan Lain..

Apa yang anda akan lakukan apabila anda telah mencuba semua pakaian yang ada didalam almari dan kehabisan idea untuk gayakannya? Dan bagaimana anda mahu dilihat oleh orang lain pada setiap hari tanpa kelihatan biasa? Pada kali ini kami akan membantu anda untuk menambah sesuatu untuk anda kelihatan lebih menarik dan berlainan dari hari biasa.

Jika anda berminat dengannya, anda mungkin sudah mempunyai beberapa pasang kasut yang bagus dan beberapa tali pinggang kualiti yang baik. Mungkin anda juga mempunyai tali leher atau bowtie yang cantik dan aksesori topi yang pelbagai. Jadi apa lagi yang perlu ditambah?

Jawapan: Cermin Mata

tumblr_m7mlymhqhw1qgbcov

Terutamanya jika anda seorang yang rabun sedikit, seperti saya. Gaya ini sangat membantu untuk anda kelihatan lain. Jika anda tidak rabun pun, anda masih boleh gayakan bersama!

Langkah pertama adalah cari bentuk cermin mata apa yang sesuai dengan wajah anda. Anda mungkin pernah melihat orang di jalanan dengan cermin mata yang kelihatan sedikit ganjil – seperti mereka yang bermuka bulat bersama cermin mata yang bulat.

Ini menjadikan wajah mereka kelihatan sedikit  berisi, tetapi jika mereka memakai cermin mata yang berbentuk segi empat tepat mungkin lebih sesuai.

Adalah lebih baik anda cuba memakainya dahulu dan minta pendapat dari orang lain.

Langkah kedua ialah memilih mengikut kualiti dan harga yang berpatutan. Bagi yang pentingkan kualiti, anda bolehlah pilih dari kedai cermin mata yang berjenama (tentunya lebih mahal tetapi kualitinya terjamin).

Bagi yang memilih dari segi harga  (harga yang murah) anda boleh dapatkan di Instagram yang menjual cemin mata murah. Mereka juga mempunyai pelbagai bentuk yang menarik dan murah.

Berikut adalah beberapa pilihan bingkai yang menarik bagi kami untuk anda gayakan:

altair-man-broke man-fashion-when-broke mcnairy-monroe-man-broke wilson-man-broke warren-man-broke

Sumber : M2Now

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker