Gaya HidupHiburan

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton Filem Doctor Strange

Bagi anda yang tidak tahu apa-apa mengenai filem ini, lebih baik anda telilti terlebih dahulu senarai berikut yang menjelaskan 5 perkara penting yang anda perlu tahu tentang pahlawan sinematik terbaru Marvel ini sebelum menuju ke teater!

  1. Filem ini mempunyai watak ala-ala “Harry Potter” sedikit

30strange1-master768

Jika anda rasa yang ia mengenai sains disebabkan tajuknya “Doctor Strange”, anda silap kerana kali ini Marvel telah membuka kembali tirai mereka terhadap “Multiverse” – yang penuh dengan jampi-jampi, makhluk ghaib, dan dipenuhi dengan kuasa sihir yang sangat jahat.

Dan di sepanjang perjalanan filem ini, kami harap anda bersedia dengan perkara-perkara psychedelic kerana ia sangat penuh dengannya!

  1. Ia menceritakan tentang asal-usul Strange

doctor-strange-cumberbatch-injured

Ia menceritakan asal-usul seorang lelaki yang kaya dan sombong yang mengalami tragedi ganas yang membuatkan beliau belajar untuk merendahkan diri dan menggunakan bakat beliau untuk penggunaan yang lebih mulia.

Disebabkan filem ini betul-betul mengikut komik terhadap penceritaan asal-usul Strange, anda akan dapat melihat pakar bedah ini mengalami kemalangan kereta dan menyebabkan tangannya cacat, dan bagaimana dia mengetepikan kehidupan lamanya dan menjadi “Master of the Arts Mystic” di bawah didikan the Ancient One (Tilda Swinton).

  1. Terdapat banyak ahli-ahli sihir (sorcerers) lain

empire-cover

Filem ini akan memperkenalkan beberapa watak penting dalam masyarakat ahli sihir, yang setiap daripada mereka akan bertindak balas secara berbeza kepada kemunculan tiba-tiba si lelaki baru yang sombong ini.

Antaranya adalah watak Wong (Benedict Wong), seorang ahli sihir terkemuka dan juga penjaga kepada buku-buku sakti di tempat mereka, dan juga Karl Mordo (Chiwetel Ejiofor) merupakan salah satu penjahat utama Strange dalam komik, tetapi muncul sebagai sekutunya dalam filem pertama ini.

  1. Jangan tersilap dengan siapa penjahat sebenar filem ini

doctor-strange-movie-mads-mikkelsen

Walaupun entiti Dormammu telah mempengaruhi dalam kebanyakan bahagian plotnya, penjahat utama yang dimainkan dalam cerita ini adalah salah satu yang penjahat yang kecil dari komik itu, Kaecilius (Mads Mikkelsen), dan ini sebenarnya telah lari dari cerita asal dari komik mereka.

Kaecilius adalah satu lagi ahli sihir yang dilatih oleh the Ancient One, tetapi dia telah mengkhianati mentornya selepas mempunyai perbezaan pendapat terhadap falsafah tentang peranan apa yang sihir perlu ada dalam dunia biasa.

  1. Tunggu sehingga habis semua kredit sebelum keluar dari teater

strangeintro1final

Mungkin peminat tegar filem-filem Marvels faham apa yang kami maksudkan. Dan apa yang paling seronok adalah kali ini, penonton akan mendapat dua scene tambahan setelah berakhirnya kredit filem!

Masih tak yakin yang filem ini sangat berbaloi untuk ditonton walaupun anda bukan peminat cerita-cerita super hero? Lihat sendiri trailer filem mereka untuk dapatkan keyakinan itu:

Sumber: moviefone

Show More

Related Articles

Back to top button