Gaya HidupKesihatan

Jaga Anak-Anak Anda Yang Lelah Dengan Beberapa Tips Ini

Sekiranya anak anda antara kanak-kanak di luar sana yang mempunyai lelah, anda boleh mengurangkan penderitaan serangan lelah (acute asthmatic attacks) mereka dengan beberapa tips ini:

  1. Pastikan anda sentiasa memantau mereka

Anak-anak anda yang disahkan menghidapi asma perlu di bawa berjumpa doktor secara berterusan dan bukan hanya apabila mereka semput.

Ini kerana, dikhuatiri asma yang tidak dikawal dengan betul akan menyababkan kerosakan paru-paru dan peningkatan kepada serangan asma yang lebih teruk dan membahayakan nyawa mereka.

  1. Penggunaan ubat yang betul

qpdw8pwq-1355787771

Anak yang mempunyai asma akan diberi ubat ‘pelega’ untuk batuk dan pernafasan seperti nebulizer dan sirap, dan ada juga yang akan diberi ubat ‘pencegah’ yang perlu digunakan setiap hari.

Sebagai penjaga, anda bertanggungjawab untuk memastikan ubat itu diambil seperti yang disyorkan dan dengan betul. Anda perlu ingat bahawa rawatan asma tidak akan berjaya sekiranya tidak menggunakan teknik penggunaan ubat yang betul.

Tanpa nasihat doktor, jangan menghentikan pengambilan ubat anak anda walaupun mereka kelihatan sudah ‘sihat’.

  1. Menjaga keadaan sekeliling

asthma-causes1

Asap rokok, habuk, bau cat serta bulu-bulu binatang peliharaan seperti anjing, kucing dan lain-lain boleh menyebabkan kepada serangan asma.

Oleh itu, anda perlu mengambil langkah perjaga-jaga dan sebaiknya jauhkan mereka daripada daripada pengaruh tersebut.

 

  1. Menggalakkan aktiviti fizikal

kids-adhd-exercise

Satu fahaman yang tidak tepat adalah apabila kanak-kanak ini dianggap tidak boleh terlibat dengan aktiviti fizikal.

Penjaga perlu berbincang dengan doktor kerana terdapat cara yang dapat mengelak daripada berlakunya serangan asma kepada anak anda semasa melakukan aktiviti fizikal.

 

  1. Mempunyai diari asma anak-anak

asthma-child-nebulizer-donghero-shutterstock_203497285

Catitkan simptom lelah anak anda seperti yang dinasihatkan oleh doktor dan bawa setiap kali temu janji. Ini kerana ia sangat membantu doktor untuk menilai tahap kawalan asma setelah sesuatu pelan rawatan dimulakan.

  1. Pelan tindakan asma (Asthma action plan)

asthmaactionplan-enpt

Ini bagi memberi panduan kepada ibu bapa mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya anak tidak sihat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kelewatan memberi rawatan apabila anak terkena serangan asma.

Ini kerana rawatan awal yang bermula sebelum anak sampai ke klinik atau hospital boleh menyelamatkan nyawa.

Sumber: mmgazette

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker