Gaya HidupKesihatan

5 Senaman Mudah Yang Suri Rumah Boleh Lakukan Sambil Buat Kerja Rumah

 

Sebagai suri rumah (tidak kira sama ada anda lelaki atau wanita) anda sudah pasti tidak mempunyai waktu yang cukup untuk menjaga badan. Nak kena jaga anak-anak, kemas rumah, masak, basuh jemur dan lipat baju – pastinya susah untuk curi-curi masa untuk pergi gym.

Oleh itu, kami ada beberapa senaman yang mudah untuk anda cuba buat di rumah tanpa perlu meninggalkan segala tanggungjawab anda di rumah!

  1. Bila nak angkat kain: Lakukan senaman langkah

home-workout-laundry-0916_1

Naik turun tangga rumah anda sebanyak 5 kali bila setiap kali anda mahu simpan baju-baju bersih itu. Pada penghujung setiap perjalanan, angkat bakul pakaian sehingga ketinggian bahu dan ulang sebanyak 5 kali.

Tujuan: Sistem kardiovaskular dan otot lengan

2. Sambil tunggu air masak: Duduk pada dinding.

home-workout-coffee-0916_1

Rehatkan belakang, leher dan kepala anda pada dinding, dengan kaki kira-kira satu setengah kaki jauh dari badan, kemudian bengkokkan lutut anda, jatuhkan badan anda ke tanah sehingga paha anda selari dengannya, dan tahan selama 15 saat. (Kalau mampu, cuba bertahan sehingga 1 minit.)

Tujuan: Otot paha dan glutes

3. Semasa di dalam kereta (atau di dalam bas atau kereta api): Kempiskan perut anda

gallery-1470417194-gettyimages-sb10065844bb-001

Ketatkan otot perut anda seolah-olah ada orang mahu menumbuk anda sampai ke usus; bertahan selama yang anda boleh. (Bila anda mengamalkan ini setiap hari, ia secara beransur-ansur akan berasa lebih mudah.

Tujuan: Otot perut

4. Sambil duduk di meja: Lakukan senaman menolak meja

home-workout-at-desk-0916_1

Duduk di kerusi yang ditarik rapat dengan meja, dengan tapak tangan menghadap ke atas, letakkan mereka di bawah meja dan tolak ke atas sekuat mungkin seperti anda seolah-olah mahu cuba untuk mengangkat meja itu dari lantai, untuk 30 saat. Rehat selama 10 saat, kemudian ulang sebanyak dua kali.

Tujuan: Bahagian atas badan

5. Ketika sedang bercakap telefon : Lakukan senaman kaki di kerusi

gallery-1470417269-gettyimages-501925893-2

Duduk tegak di hujung hadapan kerusi dengan membengkokkan kaki kiri anda, meluruskan kaki kanan dan angkat ia dari lantai selama 15 saat (cuba untuk bertahan sehingga 30 saat.) Kemudian tukar kepada kaki sebelah lagi. Atau, tukar-tukar kaki anda atas dan ke bawah seolah-olah anda berlari setempat.

Tujuan: Abs dan otot teras

Sumber: womansday

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker