AntarabangsaHiburanIsu Semasa

Taman Laut Terbesar Dunia Akan Dibuka Dalam Lautan Antartik

 

Pada hari Jumaat lalu, dua puluh empat negara dan Kesatuan Eropah telah bersetuju untuk mewujudkan taman laut terbesar di dunia di dalam Lautan Antartika, yang akan meliputi sebesar 1.55 juta km persegi (600,000 batu persegi) lautan tersebut.

Dalam mesyuarat tahunan yang diadakan di Hobart, Australia, Suruhanjaya Pemuliharaan Sumber Hidupan Laut Antartika (CCAMLR) berkata bahawa taman laut Ross Sea tersebut akan dilindungi daripada sebarang aktiviti menangkap ikan komersial selama 35 tahun.

36024e1ed84137db08525cd5d2a0aaea-penguins-can-be-seen-next-to-the-heritage-listed-mawson-s-hut-at-cape-denison-commonwealth-bay-east-antarctica

25 anggota suruhanjaya, termasuk Rusia, China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, memerlukan sokongan sebulat suara untuk keputusan.

Rusia juga telah bersetuju dengan cadangan itu, walaupun telah menyekat cadangan pemuliharaan sebanyak lima kali sebelumnya.

Ross Sea merupakan satu teluk yang dalam di Lautan Selatan yang banyak saintis menganggap sebagai ekosistem marin terakhir di bumi yang paling utuh sekali – sebuah makmal hidup yang sangat sesuai untuk menyiasat kehidupan di Antartika dan bagaimana perubahan iklim menjejaskan planet ini.

An Adelie penguin stands atop a block of melting ice near the French station at Dumont díUrville in East Antarctica January 23, 2010. REUTERS/Pauline Askin/File photo

Tempat kudus itu akan meliputi lebih daripada 12 peratus daripada Lautan Selatan, yang merupakan rumah kepada lebih daripada 10,000 spesies termasuk sebahagian besar penguin di dunia, ikan paus, burung laut, sotong yang amat besar dan ikan gigi Antartika.

Sebarang aktiviti memancing akan diharamkan sepenuhnya dalam 1.1 juta km persegi (425,000 batu persegi) kawasan Ross Sea tersebut, walau bagaimanapun, beberapa kawasan yang ditetapkan sebagai zon penyelidikan akan diberi kebenaran untuk melakukan beberapa aktiviti memancing untuk mendapatkan udang dan ikan todak.

Adelie penguins stand atop ice near the French station at Dumont díUrville in East Antarctica, January 22, 2010. REUTERS/Pauline Askin/File photo

Para saintis dan aktivis menyifatkan perjanjian itu sebagai satu peristiwa bersejarah dalam usaha global untuk melindungi kepelbagaian hidupan marin.

Ahli-ahli sains berkata taman marin itu akan membolehkan pemahaman yang lebih besar kepada kesan perubahan iklim.

Sumber: Reuters

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker