Gaya HidupTeknologi

Langkah menjauhkan penggunaan gajet oleh anak-anak

Walaupun gajet ini tidak 100% membawa kesan negatif kerana ia turut dijadikan alat pendidikan atau boleh digunakan sebagai sebahagian untuk merapatkan ikatan silaturahim. Tetapi perkara ini menjadi lebih rumit apabila  perbualan makan malam di dalam keluarga yang sepatutnya “hati ke hati” tetapi ia menjadi  perbualan yang tidak mesra kerana mereka bercakap  dengan anak-anak mereka tetapi mata melihat pada alat gajet mereka.

Ibu bapa perlu mengawasi masa antara anak-anak dan aktiviti di skrin kerana kanak-kanak tidak tahu bila untuk berhenti dan mungkin menjadi kecewa apabila disuruh.

Salah satu kaedah untuk kanak-kanak belajar ialah melalui imitasi. Melihat ibu bapa mereka menggunakan gajet pada masa rutin yang seimbang akan memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak untuk mereka mencontohi.

Beberapa contoh ialah aktiviti meminjam buku untuk membaca, menghabiskan masa di luar rumah atau tindakan yang mudah ialah menjauhkan alat peranti sewaktu di meja makan.

Kredit: CacheValleyFamilyMagzine
Kredit: CacheValleyFamilyMagzine

Antara kaedah yang lain ibu bapa boleh implikasikan ialah menghadkan penggunaaan alat peranti ini kepada anak-anak anda dengan adakan peraturan di rumah untuk menggunakan gajet.

Kaedah yang baik ialah merancangkan jadual masa. Contoh, ia dibenarkan untuk menggunakan alat peranti mereka pada hujung minggu atau semasa cuti, dengan syarat bahawa ia tidak  pada tempoh peperiksaan.

Pada permulaanya akan memberi sedikit kekecewaan kepada anak-anak tetapi lama-kelamaan mereka akan belajar untuk menghargai dan lebih cenderung untuk bersedia untuk mematikannya dengan sendirinya.

Kredit: Humr-cz
Kredit: Humr-cz

Selain itu, ibubapa juga boleh merancang dengan adakan filem malam di rumah bersama-sama pada hari Jumaat, dengan popcorn, coklat panas dan selimut.Ini dapat merapatkan lagi sifat kekeluargaan kepada anak-anak.

Kredit: About.com
Kredit: About.com

Boleh juga dengan melakukan aktiviti yang sihat bersama anak anda seperti membuat kek bersama, menyiram pokok atau bersukan untuk mengurangkan lagi masa mereka dengan alat gajet.

Kredit: BettyCrocker
Kredit: BettyCrocker
Kredit: GettyImages
Kredit: GettyImages

Ibubapa juga perlu berhati-hati dengan apa yang anak-anak anda tonton atau berkaitan dengan alat gajet mereka gunakan, dan sentiasa menasihati mereka untuk tidak mendaftar di mana-mana talian/sosial media tanpa kebenaran. Tetapi pastikan ibu bapa sentiasa konsisten mengawasi masa anak-anak. Sebaiknya diajar pada usia muda mereka.

Kredit: Edgewave

Walaupun komputer dan permainan video sering dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kanak-kanak, sebenarnya terdapat beberapa nilai yang baik untuk mereka, antaranya ialah dapat mengajar kanak-kanak dalam kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti. Di samping itu, bergantung kepada jenis permainan, mereka juga didedahkan dengan senario kehidupan sebenar.

Dalam zaman dunia digital, tidak ada cara untuk melaksanakan sekatan berkenaan teknologi. Sebaliknya, seperti aktiviti lain, perlu ada masa dan tempat yang sesuai, dan terpulang kepada ibu bapa untuk mencari langkah bagi mengimbangi masa yang berkualiti anak-anak mereka di skrin dan di luar.

Sumber : NewStraitTimes

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker