Gaya HidupKecantikan

5 Tips Tumbuhkan Janggut Bagi Yang Pertama Kali Mahu Mencubanya

Sekiranya ini pertama kali anda mahu cuba tumbuhkan janggut, penggunting rambut dari kedai Baxter Finley di LA, Christian Olvera mempunyai beberapa tips untuk anda untuk melakukannya dengan betul.

  1. Sabar

tumblr_nmcd8o4sov1ur69d2o1_r1_1280

“Kebanyakan lelaki akan mengambil kira-kira sebulan untuk tumbuh janggut sepenuhnya,” kata Olvera. Elak daripada cuba untuk membentuknya dalam tempoh awal sehingga anda nampak apa yang anda mahukan.

Gunakan perapi untuk memastikan kepanjangan bulunya sama panjang.

  1. Terima rasa gatal yang berlaku

itchy-beard-getty-e1438277755494

Bulu janggut baru boleh berasa gatal padamulanya, tetapi rasa itu akan reda selepas seminggu, jadi sabarlah. Rajin-rajinlah berus janggut anda supaya mereka boleh tumbuh ke arah yang sama.

  1. Cucinya

washing-your-beard

Janggut juga seperti rambut lain, jadi anda perlu mencucinya selalu atau kotoran boleh terperangkap di dalamnya.

Olvera memberitahu yang dia mencuci janggutnya di bilik mandi setiap kali dia akan mencuci rambutnya dengan syampu dan perapi, kira-kira dua kali seminggu.

  1. Elakkan garisan kasar

how-to-maintain-a-beard-in-7-simple-steps

Janggut tidak sepatutnya berakhir di dagu anda, jadi biarkan rambut anda tumbuh secara semulajadi sehingga kira-kira satu atau dua inci di atas halkum anda, kemudian biarkan ia kelihatan pudar dengan menggunakan beberapa mod yang berbeza pada trimmer anda.

  1. Sesuaikannya dengan bentuk muka anda

beard-heading_3428994b

Muka anda bulat? Janggut berbentuk empat segi boleh membantu membuat garis rahang anda kelihatan lebih jelas.

“Semua orang perlu tumpukan untuk trimnya dengan lebih ketat pada pipi dan menjadikan bulu janggut anda lebih panjang di mana kedudukan goatee biasanya berada,” kata Olvera.

Sumber: gq.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker