Bisnes & EkonomiGaya Hidup

3 Perkara Pengantin Baru Perlu Tahu Dalam Memilih Perabot Rumah

Pasangan pengantin baru pastinya akan mempunyai masalah apabila mahu memilih perabot untuk rumah baru mereka.

Mungkin juga ada pasangan yang terpaksa menggunakan setiap syiling terakhir yang ada hanya untuk mendapatkan kehidupan selepas berkahwin yang lebih selesa dan menyenangkan.

Malangnya, dunia yang cukup sempurna itu mungkin agak sukar untuk anda miliki melainkan anda anak orang kaya.

  1. Bertengkar dengan pasangan anda sekarang dan ketawa kemudian

picking-furniture-1024x576

Berikut adalah perkara yang perlu diingati apabila anda dan pasangan mula bertekak tentang gaya perabot mana yang lebih sesuai: satu hari nanti, anda dan pasangan akan melihat kembali kepada pergaduhan ini dan ketawa bersama.

Apa-apa pun, jangan takut untuk mengutarakan kemahuan anda walaupun isteri anda berkeras yang dia hanya mahu perabot jenis sama yang tradisi keluarganya gunakan sejak turun-temurun dulu.

  1. Hanya mementingkan keperluan

newlywed-bedroom-expressions-is-also-a-kind-of-furniture-row-bedroom-expressions

Anda mungkin pernah dengar cerita pasangan suami isteri yang bangga dengan kehidupan perkahwinan mereka dengan hanya memiliki katil semata-mata dalam rumah mereka dan mereka tidak perlukan perabot lain.

Mungkin itu benar, tetapi ia mungkin juga tidak. Tidak kira sedalam mana pun cinta kalian, anda masih memerlukan lebih daripada katil.

Keperluan yang dimaksudkan termasuk katil, dan beberapa jenis tempat duduk lain, sama ada sofa atau futon.

JANGAN memandang rendah akan lampu katil untuk masing-masing kerana dengan hanya bergantung kepada satu lampu mungkin boleh menjadi sebab anda dan pasangan bercerai.

  1. Cari perabot multi-purpose

Pick Multipurpose Furniture for Small Spaces

Sudah tentu, anda boleh membunuh dua ekor burung dengan satu batu dengan melabur dalam sebuah katil sofa atau futon yang bertukar menjadi katil jika anda benar-benar kekurangan wang.

Perkara yang paling wajib yang perlu diingat apabila membeli-belah perabot adalah untuk mencari perabot yang mampu melakukan dua atau tiga tugas yang berlainan.

Selain daripada sofa yang boleh bertukar jadi katil, cari meja yang boleh menjadi meja makan, meja kerja dan kemudian boleh dilipat menjadi meja kecil yang tidak memakan ruang yang banyak.

Sumber: lifehack

Show More

Related Articles

Back to top button