Gaya HidupIsu SemasaTempatan

Malaysia Book Of Records: Soo Wincci Miss World Malaysia Pertama terima Ijazah Doktor Falsafah

Soo Wincci, bekas ratu cantik yang kini meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi  dan pelakon telah berjaya meraih anugerah yang ramai orang berkejar-kejaran untuk dapatkan dalam hidup masing-masing.

Wanita muda, 31, yang serba boleh itu telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana kejayaannya dalam menjadi Miss World Malaysia yang pertama untuk dianugerahkan ijazah doktor falsafah.

Setelah melakukan ijazah dan sarjana beliau di luar negara, Soo memilih untuk menyambung PhDnya dalam Malaysia sebagai satu cara untuk menyumbang kepada negara.

“Ia bagaikan mimpi,” katanya, dengan bangga selepas menerima ijazah doktor falsafah dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada majlis graduasi, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Disamping itu, beliau juga telah memberikan peluang kepada ahli-ahli media yang hadir untuk melihat sijil yang diterimanya dari MBR.

ze_oumconv_c2044568_161031_791

Naib Canselor Prof Datuk Dr Mansor Fadzil OUM, yang turut hadir, gembira dengan hakikat bahawa selebriti juga mampu mengatur masa mereka sebagai artis dan pelajar pada masa yang sama.

Soo Wincci turut berkata pengiktirafan itu hanya akan membuat beliau untuk bekerja lebih keras dalam kerjayanya pada masa akan datang.

“Ini hanya permulaan. Saya berharap untuk berbakti kepada masyarakat. Saya ingin menumpukan masa saya untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai kepentingan pendidikan,” kata artis yang bersuara lembut itu, yang turut ditawarkan untuk menjadi pengajar sambilan di OUM.

“Saya masih mengambil berat dalam memikirkan pilihan seterusnya yang akan saya ambil, kerana saya juga perlu memberi member tumpuan kepada pengurusan syarikat saya (Beyond Artistes),” katanya.

Dalam gambar di atas anda boleh lihat yang kedua-dua tangannya penuh dengan memegang ijazah doktor falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan, dan satu lagi tangan memegang sijil yang dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records.

Selain memberi ceramah motivasi, Soo juga bersedia untuk mengerjakan autobiografi beliau, di mana beliau berharap untuk berkongsi pengalaman beliau dalam usahanya merangkul ijazah kedoktoran, sambil mengusahakan kedua-dua kerjayanya sebagai penyayi dan pelakon.

“Saya turut bercadang untuk mengeluarkan beberapa buah lagu, dan juga sebuah album tahun depan,” kata penyayi kepada lagu terkenal Terus Teranglah itu.

Sumber: NewStraitsTimes, thesundaily

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker