Gaya HidupKesihatanSukan

Menurut Sains Anda Perlu Lakukan Satu Senaman Ini Jika Anda Serius Terhadap Kesihatan Anda

Apabila anda pergi ke gym dengan tujuan untuk menurunkan berat anda ia boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, di mana anda patut bermula? Apa yang patut dibuat?

 Terdapat dua kawasan yang berbeza di gym – kekuatan dan kardio (strength dan cardio). Kebanyakan orang berfikir bahawa jika mereka merancang untuk mengurangkan saiz seluar jeans (untuk mendapatkan saiz kaki yang kecil), harus bersenam menggunakan  treadmill dan perlu mengeluarkan lebih banyak peluh tetapi secara realitinya hanya terdapat sedikit perbezaanya.

Menurut penyelidikan oleh Harvard School of Public Health, kita harus menggunakan treadmill bersama dumbells dan bentuk-bentuk latihan kekuatan (strength training) yang lain.

lovers-healt-fitness-clubfitness-dumbbell-500x500

Kajian ini diikuti oleh 10,500 orang yang menjaga kesihatan sepanjang 12 tahun ingin mencari tahu senaman apa yang lebih berkesan.

Kajian mendapati bahawa orang-orang yang menghabiskan 20 minit setiap hari melaksanakan latihan rintangan lebih cenderung untuk menyingkirkan lemak perut yang degil dan seterusnya dapat menurunkan berat badan yang mereka inginkan.

Kebanyakan orang tahu bahawa senaman kardio berkait dengan mengurangkan berat badan. Ini kerana anda boleh membakar banyak kalori semasa latihan workout anda, tetapi penyelidik mendapati bahawa latihan kekuatan (strength training) boleh membakar kalori walaupun selepas anda meninggalkan gym.  Ini juga tidak bermakna anda perlu mengurangkan senaman kardio sepenuhnya dari latihan anda.

competitor

issaquah-fitness

Antara latihan kekuatan yang lain

Anda juga perlu mengimbangkan antara senaman kardio dan latihan kekuatan (strength training) untuk betul-betul mendapatkan berat badan yang ideal.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker