FesyenGaya HidupKecantikan

Cipta Slime Pencuci Penggilap Kuku Anda Sendiri Di Rumah

Pengguna penggilap kuku tegar pasti tahu tentang kewujudan satu penggilap yang dikenali sebagai peel-off base coat – digunakan untuk memudahkan kerja anda apabila mahu mencuci penggilap kuku kerana apa yang perlu dilakukan adalah hanya mencabutnya (tak perlu remover pun).

Tapi, di tempat kita ianya agak sukar untuk jumpa produk tersebut kerana, pertama produk itu mungkin sudah habis stock, atau kedua ia tidak dijual di tempat anda tinggal.

Sekiranya kedua-dua masalah ini berlaku kepada anda, apa yang patut anda buat? – Buat sendiri lah jawabnya!

Hack kecantikan yang dicipta oleh akaun Youtube, Cute Life Hacks yang terkenal dengan video-video membuat slime DIY ini amat mudah untuk dilakukan, tahan lama dan yang paling penting boleh jimat duit anda.

Apa yang anda perlukan adalah:

nailpolish

  1. Gam PVA non-toxic
  2. Pencuci penggilap kuku
  3. Baking soda
  4. Solusi contact lens /Air ubat mata
  5. Sudu & Bekas

Cara-cara:

  1. Tuangkan gam hingga memenuhi separuh bekas

img_0913

  1. Seterusnya, penuhkan lagi separuh ruang itu dengan pencuci penggilap kuku pilihan anda dan kacau hingga kedua-duanya sebati.

img_0914

  1. Selepas kesemuanya sebati, campurkan separuh sudu teh baking soda dan kacau hingga larut.

img_0916

  1. Akhir sekali, masukkan solusi contact lens sedikit demi sedikit hingga campuran itu bertukar menjadi konsistensi slime. Siap!

img_0917

Untuk menggunanya, anda hanya perlu masukkan jari ke dalam slime pencuci penggilap kuku anda dan pastikan ia meliputi permukaan kuku anda.

img_0918

img_0919

Biarkan selama 10-15 minit dan lap dengan tisu – anda akan dapat lihat ia bagaimana penggilap kuku anda itu dengan mudah boleh tercabut atau “peel-off” dari kuku anda.

img_0923

Slime ini berkesan untuk semua jenis penggilap kuku kecuali yang jenis gel. Selamat mencuba!

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker