AntarabangsaIsu Semasa

Apakah Sebenarnya Sambutan Halloween?

Setiap 31 Oktober, pelbagai negara akan menyambut Halloween. Sebuah festival yang berasal dari bangsa Celtic, iaitu nenek moyang bangsa Eropah.

Sambutan ini berkembang ke benua lain kerana Bangsa Eropah suka merantau yang menyebabkan budaya ini ikut menyebar sampai ke benua-benua lain seperti Amerika dan Australia sehingga kini di Asia.

Festival Halloween selalu akan dirayakan dengan menggunakan kostum-kostum seram. Anak-anak kecil akan pergi ke rumah-rumah jiran sambil mengucapkan “Trick or Treat” yang membawa maksud “Beri kami coklat atau kami buat kacau”.

Pada masa ini, kanak-kanak akan dibebaskan untuk membuat kacau di rumah orang-orang yang dianggap kedekut dan biasanya mereka menghiasi pokok “si kedekut” dengan tisu tandas.

Walau bagaimanapun, bagaimana boleh tercetusnya sambutan Halloween ini?

Bangsa Celtic percaya bahawa setiap 31 Oktober, pintu dunia orang mati dan orang hidup akan terbuka. Pada masa ini banyak roh jahat akan berkeliaran dan menggangu manusia serta mengancam untuk membuat huru-hara. Oleh itu, untuk mengelak dari ancaman tersebut, bangsa Celtic memakai kostum-kostum menyeramkan untuk mengelirukan “roh jahat” tersebut. Ada juga yang berpendapat ia sebagai tanda perdamaian dengan roh jahat.

Simbol Halloween

Mungkin anda tertanya-tanya pula tentang labu yang digunakan sebagai simbol Halloween. Labu yang dibentuk menyerupai wajah yang menyeramkan ini dipanggil Jack-o-Lantern. Di dalam Jack-o’-lantern biasanya diletakkan lilin menyala atau lampu agar terlihat lebih seram di tempat gelap. Budaya ini berasal dari Amerika Utara yang  merupakan kawasan pengeluaran labu.

Selain labu, orang-orang yang terdapat di kawasan padi sawah juga digunakan simbol Halloween. Ini kerana labu dianggap sebagai hasil tuai dan orang-orang sawah adalah para penjaga.

Siapa itu Jack-O-Lantern

Menurut legenda Ireland, Jack-O-Lantern adalah seorang petani malas tetapi cerdas. Dia telah berjaya menipu iblis agar dia tidak dimasukkan ke dalam neraka tetapi pada masa yang sama dia juga tidak diizinkan masuk syurga kerana dosa yang dilakukannya. Oleh itu, mereka percaya roh Jack-O-Latern masih berlegar dengan membawa sebuah lentera. Legenda ini kemudian diintepretasikan menjadi labu seram yang diletakkan di hadapan rumah.

img_7563trim

Trick or Treat

Ayat ‘Trick or Treat’ awalnya digunakan sebagai mantra yang dipercayai dapat menenangkan roh jahat. Tapi kemudian digunakan kanak-kanak saat mencari gula-gula. Suatu ketika dahulu, hanya kanak-kanak yang kurang mampu akan menggunakan kalimat trick or treat untuk mendapatkan makanan. Tapi sekarang, trick or treat digunakan semua orang.

trick-or-treat-nyc

Mitos Halloween

  • Kononnya melihat laba-laba di malam Halloween membawa maksud orang meninggal yang kita sayangi sedang mengawasi.
  • Membunyikan loceng pada waktu malam dapat menghalau roh jahat.

 

Fakta Halloween

  • Halloween telah dirayakan lebih dari 2000 tahun yang lalu
  • Negara-negara yang merayakan Halloween adalah Kanada, Ireland, New Zealand, Britain, Jepun, Bahamas, Amerika Syarikat, Sweden dan negara – negara Amerika Latin
  • 85% warga di Amerika Syarikat merayakan Halloween
  • Penjualan dan pemakanan gula pada perayaan Halloween lebih banyak berbanding sambutan hari Valentine atau Krismas.
  • Ketakutan pada malam Halloween juga dikenali sebagai Samhainphobia

 

 

Sumber: http://www.vistaeducation.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker