Gaya HidupMakan & Minum

Perfume Dance Cafe: Kedai Makan Popular Taiwan Dibuka Di Malaysia!

Jika anda tinggal di Putrajaya, Cyberjaya, Serdang atau pun berdekatan dengan mana-mana tempat itu, anda sangat bertuah kerana kedai pencuci mulut terkenal di Taiwan, Perfume Dance Cafe telah pun dibuka di IOI City Mall Putrajaya!

Kadang-kadang anda dan pasangan mungkin bosan untuk pergi ke restoran atau cafe yang sama setiap kali keluar berdating, atau mungkin anda dan kawan-kawan mahu tukar angin dan mahu pergi ke kedai makan yang moodnya lebih berbeza dari tempat yang anda selalu pergi.

12513860_364862347039190_5773294081211473796_o

Jangan terkejut kalau kami kata yang restoran ini akan buat anda rasa seperti anda berada di negara-negara Eropah yang terkenal dengan suasana elegen romantik dan classy seperti London, Paris dan Itali.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana cantik dan fancynya interior kedai ini:

img_5404

img_5403

“Dari Taiwan? Halal ke kedai makan ni?” mungkin apa yang anda tengah fikirkan sekarang.

Walaupun di Taiwan mereka ada hidang minuman dan makanan yang mengandungi alkohol dan khinzir, di Malaysia menu-menu mereka telah diubahsuai untuk masyarakat kita, jadi tak ada apa yang perlu anda risaukan pun.

Satu lagi berita gembira tentang restoran ini adalah, walaupun kedai ini diberi nama “Dessert Cafe”, ia juga ada jual hidangan-hidangan utama lain yang pasti boleh buat perut anda kenyang dan gembira!

img_5414

img_1008

img_5417

img_5416

img_1007

img_1009

Jadi, lepas ni anda bolehlah letak restoran ini dalam senarai restoran-restoran yang anda dan pasangan mahu cuba bila dating atau mahu sambut ulang tahun perkahwinan kalian kerana dengan rating 4.6 bintang, kami jamin yang ia tidak akan menghampakan anda!

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker