Gaya HidupHiburan

Lagu Ini Digunakan Oleh Saintis Untuk Membuat Orang Rasa Sedih

Dengar betul-betul lagu dalam video di atas, dan berikan tumpuan kepada bagaimana ia membuat anda rasa. Adakah anda rasa tenang dengan bunyi instrumen lagu itu? Atau adakah nada lagu itu membuat anda berasa takut atau tidak selesa? Atau mungkin ia telah membuat anda mahu menangis?

Jangan malu jika anda rasa seperti mahu menangis kerana ternyata, ia telah digunakan oleh penyelidik untuk “mendorong rasa sedih” dalam diri setiap peserta dalam beberapa kajian untuk beberapa tahun yang lalu.

Dan dalam satu hasil kajian terbaru ini, ia telah mencadangkan bahawa reaksi emosi yang kuat untuk lagu ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan sifat-sifat empati dan “kepekaan terhadap penularan emosi.”

Penyelidik-penyelidik muzik telah meminta 102 orang yang berumur di antara 18 hingga 67 tahun untuk mendengar lagu “Discovery of the Camp” sebelum menjawab soalan mengenai bagaimana ia telah membuat mereka rasa.

Berdasarkan jawapan-jawapan tersebut, penyelidik membahagikan peserta kepada tiga kumpulan berasingan: mereka yang mengalami rasa “sedih yang menenangkan” (lagu ini akan membuat mereka berasa aman).

6a00d834515cd569e2019affd58d7f970b

Bagi mereka yang mengalami rasa”sedih yang kuat” (lagu ini akan membuat mereka berasa cemas atau takut), dan bagi orang-orang yang mengalami rasa “sedih dan terharu” (lagu ini akan membuat mereka berasa sangat sedih dan tenang dalam masa yang sama ).

Kemudian peserta-peserta itu juga telah menjawab satu siri ujian yang direka untuk mengukur perasaan empati mereka.

Akhirnya, para penyelidik mendapati bahawa orang yang mengalami rasa sedih yang membuat meraka terharu apabila mendengar lagu ini lebih cenderung untuk mempunyai keputusan empati yang tinggi daripada mereka yang mengalami rasa sedih yang menenangkan atau sedih yang kuat.

Walaupun begitu, kajian ini juga tetap mempunyai banyak batasan dan ia juga tidak bermakna sekiranya anda mempunyai reaksi emosi yang kuat terhadap lagu tersebut membuktikan yang anda betul-betul mempunyai rasa empati yang tinggi.

Tetapi, ia tetap memberikan jawapan yang jelas mengapa terdapat orang yang akan merasa sangat sedih dan tersentuh apabila mereka mendengar lagu-lagu sedih seperti ini.

Sumber: womansday

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker