Gaya HidupIsu SemasaKesihatanTempatan

Rokok Dikalangan Pelajar Dan Mengapa Susah Untuk Berhenti

Rokok merupakan permulaan kepada masalah bahaya yang lain seperti ketagihan kepada dadah-dadah dan merokok, terutamanya pada usia yang muda bukan lagi satu perkara yang mengejutkan di masyarakat kita.

Perasaan ingin tahu, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh kepada ahli keluarga yang merokok merupakan faktor biasa kepada gejala ini.

Hakikatnya, hampir 50% remaja tingkatan 5 adalah perokok dan hampir 40% pelajar tingkatan 4 terlibat dalam merokok dan ini adalah satu fenomena yang amat membimbangkan untuk generasi kita.

tobacco-smoking-india

Selain daripada golongan sekolah menengah, golongan pelajar sekolah rendah juga terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh orang di sekeliling mereka seperti ahli keluarga mereka atau orang dewasa lain, yang dalam satu kajian menunjukkan hampir 90% dari pelajar tahun 3 hingga tahun 6 mempunyai ahli keluarga yang merokok.

Dan ini sebenarnya meninggikan lagi risiko untuk kanak-kanak itu mendapat penyakit, atau sebaliknya menarik minat mereka dan membuat mereka untuk mahu mencuba menghisap rokok itu sendiri.

child-smoking-car

Perkara ini menjadi lebih serius apabila berdasarkan kajian, majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rokok walaupun rokok tidak dibenarkan di jual kepada remaja berumur 18 tahun kebawah.

Isu ini boleh ditangani dengan memperketatkan lagi penguatkuasaan penjualan rokok kepada golongan kanak-kanak dan remaja sekolah dan juga kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan, penguatkuasa dengan ‘policy makers’ dalam kerajaan kita.

Dan yang paling penting, adalah kesederan pelajar-pelajar itu sendiri terhadap bahayanya isu ini kepada mereka.

Mengapa sebenarnya ia sangat sukar untuk berhenti merokok, sedangkan kita tahu akan risikonya?

Namun, sebaik sahaja mereka mempunyai keinginan dan cuba untuk berhenti, ramai yang tidak berjaya dalam cubaan pertama mereka.

getty_rm_photo_of_woman_cutting_cigarettes_with_scissors

Rokok mengandungi nikotin dan berbahaya untuk kesihatan menyebabkan ketagihan disebabkan efek nikotin kepada reseptor di kawasan tegmental yang berkaitan dengan otak yang menyebabkan sensasi menyenangkan disebabkan  pembebasan dopamin dan ini menjadikan merokok menyeronokkan dan membuat perokok ingin terus merokok.

Nikotin boleh bertindak sebagai ‘penguat rasa seronok’ dan membuatkan rangsangan menyeronokkan yang kecil menjadi lebih besar.

Oleh itu bau manis tembakau, estetika pada kotak rokok dan juga aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan merokok seperti merokok selepas makan atau untuk bersosial menjadi lebih menyenangkan dengan kehadiran nikotin di dalam otak.

Stop smoking now
Stop smoking now

Tindak balas perokok kepada isu berhenti merokok biasanya melibatkan isyarat yang ada dalam persekitaran ketika itu (contohnya, kemahuan untuk merokok apabila melihat orang lain merokok) dan tindak balas yang paling kuat kepada satu atau lebih tarikan pada satu masa yang sama.

Sebagai contoh, jika seseorang perokok mengalami nafsu yang kuat untuk merokok, pencetus kecil (seperti bau asap rokok) boleh bertindak sebagai peringatan dan mempengaruhi keputusannya untuk terus merokok dan meletakkan kemahuan untuk berhenti dilain masa.

Walau bagaimanapun, jika perokok mengalami keinginan yang kuat untuk tidak merokok (mempunyai penyakit disebabkan merokok seperti batuk teruk) yang meningkatkan lagi tekanan akibat merokok, boleh mempengaruhi perokok itu untuk tidak merokok walaupun ditawarkan rokok oleh seseorang.

2a7e80a63952bb7372e7236e3491c2ed
Ini menunjukkan bahawa perokok sebenarnya mempunyai keupayaan yang cukup besar untuk membentuk kepercayaan tentang tabiat merokok mereka, yang menjadi asas mengapa mereka perlu merokok.

Kawalan diri adalah asas yang paling penting kepada perubahan tingkah laku, oleh hal yang demikian, perokok perlu mengamalkan kawalan diri sepanjang masa jika mereka mahu berhenti merokok.

Oleh itu, kemahuan dan keperluan untuk berhenti merokok dari semasa-ke-semasa yang muncul daripada kawalan diri mesti cukup kuat untuk mengatasi dorongan luaran dan tidak terkawal untuk mahu dan perlu merokok itu.

Sumber: mmgazette

Show More

Related Articles

Back to top button