FesyenGaya Hidup

Pereka Malaysia dan Indonesia BerKolaborasi di Pentas Jakarta Fashion Week 2017

Jakarta Fashion Week 2017 telah bermula pada 22 Oktober lepas dan terdapat ramai pereka-pereka fesyen yang hebat  menyertainya dan kebanyakkanya adalah pereka fesyen muda dan tidak terlepas juga pereka fesyen dari Malaysia turut ada.

 Menariknya pada kali ini terdapat pereka Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas di Jakarta Fashion Week 2017 pada 26 Oktober di sana. Kolaborasi antara pereka fesyen dari Malaysia iaitu Aere dan 2 orang pereka fesyen Indonesia iaitu dari jenama Schmiley Mo dan Kami Idea bergabung dengan mempunyai 16 rancangan dalam peragaan busana di JFW2017.

Rekaan dari ketiga-tiga pereka fesyen ini juga akan berada di dalam web online Malaysia iaitu Fashion Valet oleh Vivy Yusoff.

img_0443
Instagram: Kamiidea

Pereka fesyen dari Malaysia iaitu Raja Nadia Sabrina atas nama jenama Aere telah menghadirkan koleksi “LOVE” yang kental dengan warna cerah dan garis-garis tebal, Koleksi “Love” mudah dipadu-padankan yang bersesuaian untuk bercuti namun tetap anggun.

img_0441

img_0442

img_0440
Instagram: Aere

Manakala, Schmiley Mo adalah dari fesyen blogger Diana Rikasari dari Indonesia yang debut di Kuala Lumpur Fashion Week 2016 pada Ogos lalu. Seperti selalu Diana sentiasa mencirikan khas busananya dengan penuh warna serta motif, Schmiley Mo juga mengandungi koleksi yang ditujukan untuk perempuan bandar yang sukakan gaya unik dan berani.

Emoticons yang lucu seperti makanan, minuman, hingga kaktus yang fokus pada warna-warna pastel mendominasi sebahagian besar koleksi yang menyasar kalangan urban moden. Tidak terlepas juga gaya pom-pom berwarna-warni yang mencantikkan lagi butir-butir di sebahagian busana.

img_0448
Instagram: Schmiley Mo
img_0447
Instagram: Schmiley Mo
img_0446
Instagram: Schmiley Mo
img_0445
Instagram: Schmiley Mo
img_0449
Instagram: Schmiley Mo

Sementara itu, Kami Idea merupakan gabungan 3 pereka fesyen Indonesia iaitu Istafiana Candarini, Nadya Karina dan Afina Candarini. Kami Idea menampilkan koleksi modest wear atau pakaian santun yang memberikan keselesaan dalam setiap kesempatan. Kami Idea menghasilkan rekaan dengan membuat bahan cetak eksklusif sebagai ciri khas di busananya.

img_0444
Instagram: Kamiidea

Rekaan mereka ini diilhamkan daripada orang yang mengejar impian di bandar besar. Bandar besar yang boleh membuat orang merasa kesepian. Perasaan itu menimbulkan sikap berdikari yang dicurahkan melalui corak batu bata, lambang dinding di mana orang hidup secara sendirian di bandar besar.

Busana-busana berpotongan longgar seperti penyelia, seluar paip lebar dan terusan hadir di sini dengan pilihan warna putih, biru tua, kuning air hingga pink muda.

Sumber: AntaraNews

Show More

Related Articles

Back to top button