Gaya HidupIsu SemasaTempatan

Bagaimana Untuk ‘Survive’ Bila Tak Ada Air

Kebelakangan ini negara kita selalu digemparkan dengan berita ketiadaan air. Dan bagi setiap manusia, situasi ini adalah sesuatu yang amat menjengkelkan kerana ia hakikatnya akan mengganggu setiap aktiviti harian anda.

Jadi, jika perkara seperti ini berlaku lagi ataupun sedang berlaku di rumah, di kolej, atau di tempat kerja anda, apa yang boleh anda buat sementara menunggu air untuk datang kembali?

Berikut adalah antara 3 perkara yang anda boleh amalkan untuk memudahkan hidup anda:

1. Tisu basah

wipe_packet
Dalam masalah ketiadaan air anda boleh bergantung pada tisu basah atau baby wipes, kerana ia akan melakukan kerja yang baik untuk membersihkan anda dan juga menjaga kebersihan anda.

Malas nak pergi beli tisu basah? Jangan risau kerana anda boleh buatnya sendiri di rumah!

cd9e8c589033196c92ad2f5988a61ee6

Anda memerlukan satu gulung tisu dapur (materialnya sedikit tebal daripada tisu biasa), 1/2 sudu kecil atau lebih sabun pinggan mangkuk, 2-3 cawan air dan sedikit tea tree oil (boleh di dapatkan di farmasi).

Potong satu gulung tisu tadi kepada separuh dan letakkan setengahnya dalam Tupperware atau apa-apa bekas yang sama. Masukkan 5-10 titik tea tree oil dan sabun tadi ke dalam cawan air tadi dan tuangkan campuran itu ke dalam bekas tisu tadi, dan biarkan ia semalaman.

Keesokan harinya anda akan dapat menggunanya seperti tisu basah biasa! Jika ia masih terlalu kering, tambah sedikit lagi air.

2. Pencuci tanpa air

hand-sanitizers
Hand sanitizers boleh digunakan untuk “mencuci” diri anda bersama-sama dengan tuala kecil atau tisu. Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang anda mahu lakukan secara berterusan, tetapi mampu membuat anda rasa selesa untuk sementara waktu.

3. Berurusan dengan air kotor

Dirty brown water running from a filthy faucet

Selagi air anda tercemar dengan bahan kimia atau najis manusia, ianya lebih baik untuk tidak mandi daripada dapat apa-apa penyakit.

Anda hanya perlu memikirkan sama ada air itu akan membuatkan anda lebih bersih atau lebih kotor dari yang asalnya apabila anda mahu mandi.

Walau apapun, di saat seperti ini, ianya penting untuk kekal terhidrat sepanjang masa. Pentingkan kesihatan anda terlebih dahulu dan simpan air yang ada untuk diminum berbanding untuk mandi.

4. Air untuk minum

fdwwjkrffpy4bq6-medium

Situasi pertama:

Jika anda sudah menerima notis yang bekalan air akan dihentikan buat sementara waktu, pastikan hari sebelumnya anda sudah menyimpan sebanyak mungkin bekalan air yang mampu.

Tetapi, jika tidak cuba kunjungi mana-mana kedai runcit atau pasaraya berdekatan, nak beli sebanyak mungkin air mineral yang dijual di sana.

Situasi kedua:

Jika ditempat anda tinggal terdapa saluran air mengalir, tetapi airnya kotor, anda boleh menyucikan (purify) air itu sendiri.

Anda boleh menyucinya dengan mendidihkan air yang kotor itu. Mendidih boleh membunuh bakteria-bakteria yang mungkin ada di dalam air.

Sumber: survivalfrog

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker