Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

3 Kesalahan Besar Yang Anda Buat Dalam Usaha Menurunkan Berat Badan

Walaupun diet karbohidrat adalah antara diet yang sangat menjengkelkan, ia sebenarnya amat berkesan dengan baik sekali dan inilah sebab mengapa begitu ramai orang mengamalnya.

Jika anda sedang mengamalkan diet ini untuk menghilangkan berat anda, berhati-hati untuk tidak membuat tiga kesilapan besar ini.

1. Menyingkirkan karbohidrat sepenuhnya

What foods have no carbohydrates?

Otak anda berjalan dengan glukosa, yang berasal dari karbohidrat, oleh itu, tanpa mereka anda akan merasa letih, tidak dapat fokus, lemah, dan mudah marah.

Selain itu, menyingkirkan karbohidrat hanya akan membuat anda lebih meinginkannya.

2. Tidak memakan karbohidrat yang betul

no-to-sugar-and-carbohydrates1-resized-600-jpg

Jauhi karbohidrat halus dan yang terlalu diproses seperti roti putih, pasta, bagel, minuman manis, dan makanan yang dibakar, dan sebaliknya makan karbohidrat yang juga tinggi dengan serat – mereka akan membuat anda lebih kenyang.

Anda disyorkan untuk makan setengah hingga satu cawan bijirin penuh seperti quinoa atau oatmeal dan 1-2 biji buah-buahan setiap hari.

Itu akan membuat karbohidrat anda cukup rendah untuk menurunkan berat badan dan membolehkan badan anda untuk mempunyai tenaga untuk berfungsi.

3. Tidak memerhatikan jumlah makanan yang anda ambil

e756d86effdcc06a05a02698ddeddc25
Rendah karbohidrat tidak bermakna rendah kalori, dan hanya kerana anda tidak memakan spageti, roti, atau beras tidak bermakna anda tidak mengambil makanan lain secara berlebihan.

Perhatikan saiz makanan yang anda ambil kerana ia sangat penting apabila ia melibatkan penurunan berat badan, oleh itu, pastikan anda pantau berapa banyak kalori makanan dan makanan ringan anda makan hari-hari.

Sumber: womenshealthmag

Show More

Related Articles

Back to top button