Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Wanita Yang Kerap Mengambil Pemanis Tiruan Merisikokan Kesuburan

Penyelidikan baru telah menemui bahawa terdapat kaitan antara pemanis tiruan dan kadar kehamilan yang lebih rendah.

Ia sememangnya bukan satu fakta baru bahawa pemanis tiruan adalah tidak baik untuk kesihatan anda, tetapi menurut satu kajian baru ini, ia sebenarnya sangat bahaya untuk wanita – terutamanya yang mahu hamil.

female-ferility

Penyelidik dari Universiti Persekutuan Sao Paulo telah mendapati bahawa wanita yang kerap mengambil minuman berkarbonat ‘diet’ yang  sebenarnya dipenuhi dengan pemanis tiruan, boleh mengurangkan peluang mereka untuk hamil.

Menurut laporan dari The Telegraph, kajian itu telah menemuramah 524 wanita, yang sedang menjalani rawatan IVF, untuk mengetahui tentang makanan dan minuman mereka ambil.

Hasil kajian telah menunjukkan terdapat kaitan antara pemanis rendah kalori, seperti sakarin dan sucralose dengan pengurangan kadar kesuburan, manakala penggunaan gula sintetik dalam minuman ringan dan kopi berkait dengan kadar kualiti telur dan embrio yang lebih rendah.

sugar-or-artificial-sweeteners

“Ini adalah satu kajian yang sangat menarik yang menunjukkan janji palsu pemanis tiruan yang ada dalam minuman ringan dan minuman lain seperti kopi, mungkin mempunyai kesan yang besar kepada kualiti dan kesuburan telur wanita dan ini boleh menyebabkan kesan ke atas peluang untuk hamil,” kata Profesor Adam Balen, Pengerusi Pesatuan Kesuburan British.

Sebagai penggulungan, penemuan ini perlu diambil serius dan sebagai pengajaran kepada semua wanita yang mahu hamil.

Sumber: womansday

Show More

Related Articles

Back to top button