Gaya HidupKesihatan

Ketahui Bagaimana Untuk Mengurangkan Peluh Di Kawasan “Jantan” Anda

Sebagai lelaki yang amat mementingkan penampilan dan kebersihan diri, anda sudah semestinya tidak akan suka, atau mungkin menyampah apabila kawasan kelelakian anda itu mula berpeluh seharian.

adjusting-junk_0

Walaupun anda tidak mementingkan penampilan, anda masih perlu memberi penjagaan yang lebih teliti terhadap kawasan itu demi kesihatan anda sendiri.

Keadaan ini akan terjadi apabila celah kelengkang anda berasa panas dan menjadi lembap dengan peluh – ini pastinya akan membuat anda tidak selesa dan boleh terjadi bila-bila masa suhu badan atau persekitaran anda naik.

Untuk menangani masalah ini, berikut adalah 3 langkah yang boleh anda ambil:

1. Benarkan angin masuk

914qaw8nhl-_sl1500_

Seluar boxer yang longgar akan sangat membantu anda dalam hal ini. Untuk pengalaman yang lebih selesa, cari boxer yang diperbuat dengan bahan antimikrob dan juga yang mampu meresap kelembapan.

Elakkan daripada membeli boxer jenis poliester atau seluar dalam yang ketat.

2. Makan untuk kekal kering sepanjang masa

chillies-600x450
Untuk pengetahuan anda, makanan dan minuman yang tertentu akan mengaktifkan kelenjar peluh anda, kata Hooman Khorasani, M.D., doktor di Hospital Mount Sinai.

Sebaik-baiknya, berhenti mengambil apa-apa makanan yang pedas, berkafein, terlalu masin, atau yang mengandungi alkohol.

3. Dapatkan bantuan

dove
Masih berpeluh? Anda boleh cuba alternatif lain, iaitu dengan mendapatkan bantuan daripada produk-produk pendandan lelaki yang terdapat di pasaran.

Bagi kesan yang berpanjangan, cari antiperspirant yang mempunyai 10 hingga 20 peratus aluminium klorida – anda boleh mendapatkan produk-produk ini di Guardian atau farmasi berdekatan dengan kawasan anda.

Sumber: menshealth

Show More

Related Articles

Back to top button