Gaya HidupMakan & Minum

Ini Adalah Cara Yang Betul Untuk Kupas Halia

Bentuk halia yang mempunyai pelbagai sudut dan kulitnya yang keras, ia mungkin agak sukar untuk kupas halia – terutamanya jika anda baru mula berjinak dalam dunia masakan.

Walaupun halia mempunyai bau yang kuat dan mungkin juga tidak digemari oleh sesetengah orang, anda tidak boleh lari daripada hakikat yang ianya merupakan salah-satu bahan yang sangat penting untuk memberikan masakan anda rasa yang lebih ‘ummphh’!

Oleh itu, apakah cara yang terbaik untuk kupas dan menggunakan kesemua isi halia itu tanpa perlu membazir isi dan rasanya?

Mudah sahaja! Apa yang anda perlu buat adalah:

trick-peeling-grating-stubborn-ginger-more-easily-w1456

  1. Potong jumlah halia yang anda perlukan, kerana walaupun anda teruja untuk mencuba tips ini, tiada guna anda kupas sehiris halia kalau anda sebenarnya mahu guna sedikit sahaja.

a384c33b3f76520f0971f26e524aab13938f3efd

  1. Potong bahagian-bahagian lebih yang ada dan biarkan permukaan halia anda licin untuk memudahkan kerja mengupas anda.

fastest-most-efficient-way-peel-fresh-ginger-root-no-knives-peelers-required-1280x600

  1. Ambil sudu, dan kupas kulit halia itu dengan menggunakan hujung sudu anda!

Sangat mudah bukan?! Dengan menggunakan sudu, anda sebenarnya mempunyai kawalan yang lebih tinggi ketika mengupas berbanding menggunakan pisau dan pengupas – dan ini mengurangkan risiko daripada terhiris jari sendiri nanti.

Ini bermakna, anda mempunyai jumlah halia yang tepat untuk resepi anda dan tidak membazir apa-apa!

Petua Presiden Indonesia,  Joko Widodo Untuk Kekal Sihat Menggunakan Halia

 Presiden Joko “Jokowi” Widodo pula rahsia beliau kekal sihat dan cerdas untuk melakukan aktiviti sehariannya ialah dengan mengambil jamu yang dihasilkan sendiri.

Jokowi yang terkenal sebagai seorang Presiden yang tidak berhenti melakukan kunjungan ke daerah-daerah kecil setiap hari dan ada sahaja kunjungan kejutan yang dilakukan oleh beliau sendiri telah berkongsi dengan warga internet dalam sebuah vlog di instagram miliknya tentang bagaimana dia membuat jamunya sendiri.

Jamu yang dibuatnya mengandungi temu lawak, halia dan kunyit. Semua ramuan ini akan ditumbuk, direnek dan disaring.

“Saya sudah mengamalkan minum (jamu) ini sejak 17 hingga 18 tahun yang lalu samapailah sekarang,” ujar Pak Jokowi di dalam video tersebut seraya berkata ia telah memberinya pelbagai manfaat dan kesihatan yang baik.

Untuk kebanyakan orang Indonesia, minum jamu merupakan ramuan tradisional alami yang mampu menyingkirkan toksin dari badan.

Jamu juga boleh terdiri daripada pelbagai ramuan tradisional herba yang lain dan mampu untuk melegakan pelbagai kesakitan seperti sakit haid, menghangatkan tubuh badan, meningkatkan pemakanan kanak-kanak dan bagi Jokowi ia boleh meningkatkan stamino dirinya serta mengelak daripada diserang penyakit.

Show More

Related Articles

Back to top button