Bisnes & Ekonomi

8 Bisnes Mudah Anda Boleh Lakukan Bermula Esok

Sebagai seorang usahawan tidak bermakna anda perlu mempunyai sebuah butik atau kedai. Tetapi kini, Internet telah menawarkan anda pelbagai peluang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, walaupun anda hanya bermodalkan sedikit atau tidak bermodal langsung.

Dengan memberi tumpuan sepenuhnya, anda akan dapat membina senarai pelanggan dan mendapatkan perniagaan berasaskan online walaupun duduk dirumah sahaja!

Perniagaan ini membolehkan anda untuk menjadi sepenuh masa atau sambilan:

  • Profesional Bebas

Anda mungkin tidak berfikir professional bebas boleh dijadikan sebagai perniagaan, dengan kini terdapat banyak syarikat yang menawarkan kerja separuh masa berkontrak untuk mengisi jurang kemahiran mereka.

Bergantung juga  kepada kemahiran anda, anda boleh bekerja untuk beberapa syarikat di pelbagai bidang yang menawarkan anda fleksibiliti dan kemampuan anda.

Antara contoh pekerjaan bebas ialah model, penulis blog, pereka web, perkhidmatan teknologi, jurugambar bebas, dan penciptaan kandungan (content creation) adalah paling popular.

Pereka web
Pereka web

 

  • Review Yang Dibayar (Pay Review)

Jika anda seorang yang yang suka meninggalkan ulasan pelanggan di laman web seperti Amazon, Lazada dan sebagainya, berhenti melakukannya secara percuma.

Setiap pengiklanan dari anda mengenai produk tertentu masih menjadi penjana utama yang besar untuk banyak syarikat, dan banyak perniagaan yang sanggup berkongsi sebahagian daripada keuntungan mereka dengan individu yang meyakinkan yang akan mempromosikan produk mereka kepada orang ramai.

Jika anda mempunyai laman web peribadi atau laman sosial media dengan pengikut yang ramai ini mungkin lebih mudah untuk mencapai target pelanggan.

 

Kredit: Huffington
Kredit: Huffington
  • Pembeli Peribadi (Personal Shopper)

Anda suka membeli belah dan rajin mencuci mata ke butik-butik di shopping mall? Kini boleh dijadikan sebagai perniagaan juga dimana anda mengambil order dari pelanggan anda barang apa yang mereka mahukan tanpa mereka pergi ke butik/kedai itu.

Ia bermakna anda lah yang membelikan barang kepada mereka tetapi menggunakan wang pelanggan anda. Tetapi untuk menjadi personal shopper anda perlulah jujur dan jangan ambil kesempatan atas barangan pelanggan anda.

Dan anda boleh mengenakan upah setiap barang yang diminta kerana telah menggunakan perkhidmatan anda untuk pergi membeli. Terdapat juga beberapa syarikat yang menyediakan pekerjaan sebagai personal shopper bagi memudahkan pelanggannya. Kebanyakkannya butik. Bolehlah anda cuba survey!

Kredit: Confesercentimilano
  • Peruncit Khusus (Specialized Retailer)

Terdapat banyak peruncit kini sudah dijadikan sebagai pekerjaan profesion. Dan ini menunjukkan bahawa ia adalah cara yang terbaik untuk anda menubuhkan sebuah perniagaan online untuk menjangkau permintaan pelanggan yang sedang mencari produk tertentu.

Anda boleh hasilkan produk sendiri seperti membuat pakaian sendiri ataupun sebagai agen dropship sahaja. Melalui perkhidmatan web hosting dengan ciri-ciri troli membeli-belah bersepadu atau dengan perisian e-dagang, perniagaan anda akan beroperasi dalam masa yang singkat.

Banyak vendor juga akan menghantar produk kepada pelanggan bagi pihak anda, yang bermakna anda tidak perlu memiliki banyak inventori.

ezdia-business-online

  • Menulis Resume / Cover Letter

Anda juga sebenarnya boleh mencari kerja dengan membantu orang lain dengan menyediakan perkhidmatan menulis resume kepada mereka yang memerlukan resume yang terbaik.

Anda boleh mereka bentuk dan menghasilkan sebuah resume yang kreatif mengikut kreativiti anda tetapi masih didalam konteks resume yang betul. Pamerkan perkhidmatan anda ini di sosial media atau hebohkan kepada rakan-rakan anda di universiti.

resume

  • Pengarang E-Book

Menjadi seorang pengarang pada masa kini amat mudah berbanding sebelum ini. Dengan adanya e-pembaca (e-reader) kini telah melibatkan banyak orang hanya bekerja dirumah, penerbitan diri telah menjadi satu realiti bagi ramai penulis yang mungkin tidak akan dijemput oleh syarikat penerbitan.

Melalui alat pemasaran yang betul, anda boleh berjaya menerbitkan buku anda sendiri walaupun ia adalah tips memasak.

Kredit: Openculture
Kredit: Openculture

 

  • Menjual Barangan Terpakai

Mempunyai pakaian atau barangan yang masih tip top dan tidak mahu gunakan lagi? Anda bolehlah membuka perniagaan anda sendiri di dalam talian dengan menjual barangan-barangan anda pada harga yang murah.

Bolehlah gunakan jenama sendiri dengan menubuhkan laman web bebas sebagai tempat untuk anda berniaga atau gunakan beberapa web perniagaan yang boleh menjual barangan anda contoh di Carousell, Mudah.my dan Lelong.my.

sell-bundle-thing

  •  Pencipta Applikasi

Aplikasi mudah alih adalah lebih popular berbanding sebelum ini, dan terdapat orang yang sanggup membayar wang yang lumayan untuk menguruskan kehidupan mereka hanya dari telefon pintar mereka. Jika anda mempunyai idea yang hebat dan kebetulan anda  tahu mengenai coding, anda boleh membuat aplikasi anda sendiri.

Jika anda hanya mempunyai idea dan tidak tahu selok-belok bagaimana untuk menjadikannya sebagai kenyataan, kini terdapat banyak pemaju perisian mencari untuk bekerjasama dengan orang pencipta applikasi ini.

Credit : vivim
Kredit: Vivim

 

Show More

Related Articles

Back to top button