Teknologi

7 Kelebihan Google Assistant berbanding Apple Siri

Google’s Assistant (Penolong Google), merupakan pembantu digital pintar yang sentiasa belajar tentang anda dan cuba untuk memenuhi keperluan anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai memangilnya Assistant (Penolong)  “Google peribadi anda”  merancang untuk menjadikannya pusat untuk semua peranti. Ia pada dasarnya seperti Siri.

Google Assistant ini masih sangat baru dan terhad dalam apa yang ia boleh lakukan. Ini kerana ia mempunyai akses kepada maklumat tanpa batas di carian Google. Malah Google Assistant ini jauh lebih bijak daripada Siri ataupun Cortana.

Mari kita ketahui kelebihan Google Assistant ini.

  1. Memberi Jawapan Yang Lebih Jelas

Anda tidak boleh mengalahkan enjin carian terbaik dengan yang lain. (Maaf, Bing!) Menggunakan Google Assistant adalah sama seperti menaip di dalam bar carian Google, kecuali anda hanya bercakap untuk carian anda. Google Assistant tahu 70 bilion fakta dan ia sentiasa belajar lebih lagi.

https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f251012%2fscreenshot_20161018-154002https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f251015%2fimg_1004-1

Screenshot dari Mashable (Kiri :Google Assistant ; Kanan: Siri)

Google Assistant ini dapat menjawab soalan trivia mudah seperti “Berapa lamakah Taj Mahal”  tetapi Siri hanya menunjukkan kepada saya peta lokasi dari Foursquare.

  1. Pemahaman Bahasa Yang Lebih Baik

Tidak ada yang lebih mengecewakan daripada mengulangi lagi perkataan yang sama anda sebutkan pada pembantu digital kerana ia tidak memahami kamu pada kali pertama. Atau anda berhenti untuk berfikir, atau mengubah fikiran pertengahan ayat anda.

Tetapi dengan Google Assistant (Penolong Google) ia benar-benar memahami perbualan di dalam bahasa Inggeris. Ia hampir tidak pernah gagal untuk memahami apa yang saya katakan dan ia juga boleh membetulkan sendiri walaupun saya berhenti seketika pertengahan ayat dan juga menukarkan pertanyaan saya.

Siri, walaupun banyak perubahan yang lebih baik pada hari ini berbanding pada tahun  2011, namun ia masih mempunyai masa yang sukar untuk mengenalpasti perkataan yang saya perkatakan. Ia amat teruk jika anda mempunyai loghat yang kuat. Tetapi Google Assistant jarang mempunyai isu-isu dengan loghat bahasa Inggeris.

Satu-satunya bahasa Google Assistant yang memahami hanyalah bahasa Inggeris dan Hindi. Mungkin pada masa akan datang, lebih banyak bahasa akan ditambah.

(Nota: Anda masih perlu bercakap didalam bahasa Inggeris apabila menggunakan khidmat Google Assistant ini)

  1. Mudah Pencarian Video Di Youtube

Tidak mengejutkan apabila Google Assistant boleh mencari video di YouTube yang lebih baik daripada Siri kerana  Google memiliki YouTube dan kesemuanya kan.

https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f250946%2fscreenshot_20161018-121027 https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f250959%2fimg_0998

Screenshot dari Mashable (Kiri :Google Assistant; Kanan: Siri)

Tanya Assistant Google untuk mencari “lagu Pen Pineapple Apple Song” atau “video lagu Nyan Cat” atau “Tunjukkan saya trailer Fantastic Beast ” dan ia akan mencari satu yang tepat di YouTube.

Siri mungkin akan tersalah dengar apa yang kita sebutkan sebelum ia mendapat dengan betul. Jika betul pun, dia akan menunjukkan dari web Bing. Siri juga akan membuka iTunes apabila anda meminta lagu seperti PPAP.

  1. Universal Translator

Google Translate adalah sangat hebat, tetapi menaip apa yang anda mahu diterjemahkan mungkin membawa maksud yang berbeza dan kelakar.

https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f250936%2fscreenshot_20161018-150121 https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f250943%2fimg_0999

Screenshot dari Mashable (Kiri :Google Assistant; Kanan: Siri)

Dengan Google, anda hanya boleh berkata “Terjemah ______ perkataan di dalam bahasa [masukkan bahasa]” dan anda akan mendapat hasil dengan segera dan membaca kembali kepada anda.

Malah Siri tidak boleh menterjemahkan mana-mana bahasa.

  1. Mengambil Selfie Pada Arahan

Berikut adalah contoh keadaan: Anda ternampak artis kegemaran anda Neelofa dan anda hanya mempunyai masa sesaat dua untuk mengambil gambar. Jadi pembantu digital yang manakah anda boleh bergantung untuk menangkap gambar dengan cepat ? Google Assistant atau Siri?

Tentulah dengan Google Assistant. Hanya memberi arahan untuk mengambil gambar dan ia terus melancarkan aplikasi kamera dengan memulakan pemasa pada 3 saat dan kemudian automatik akan di snap dengan sendiri .

Cuba dengan Siri, ia hanya melancarkan aplikasi kamera dan beralih ke kamera hadapan menghadap, tetapi ia tidak mengambil gambar.

Maaf Siri, nampaknya Google menang lagi.

  1. Mencari Acara Yang Akan Datang

Mencari perkara-perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan seperti membuat kerja rumah. Tiada siapa yang mahu menghabiskan masa melakukan “penyelidikan”. Itulah sebabnya ia adalah begitu baik untuk menggunakan Google Assistant bagi membantu  mencari sesuatu yang menarik boleh anda lakukan.

https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f250968%2fscreenshot_20161018-151807 https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f250975%2fimg_1002

Screenshot dari Mashable (Kiri :Google Assistant; Kanan: Siri)

Berdasarkan lokasi dan masa , ia dapat menunjukkan senarai konsert yang akan datang dan pameran seni muzium.

Siri hanya mencari dengan menggunakan Bing untuk beberapa artikel yang saya perlu mencarinya lagi. Ugh.

  1. Carian aplikasi

Google Assistant  mempunyai semua keupayaan Google Now pada Tap, yang bermaksud ia mampu mencari  maklumat berkaitan dan berkhidmat sehingga imej, pautan, video dan banyak lagi.

Tetapi Siri, tidak mempunyai kuasa minda konteks seperti itu.

https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f251039%2fscreenshot_20161018-160316 https-%2f%2fblueprint-api-production-s3-amazonaws-com%2fuploads%2fcard%2fimage%2f251041%2fscreenshot_20161018-160328

Screenshot dari Mashable (Kiri :Google Assistant Kanan: Siri)

Sumber : Mashable

 

Show More

Related Articles

Back to top button