Hiburan

Swiss Army Man – Sebuah Filem Yang Anda Tidak Akan Lupakan Setelah Menontonnya

Dengan hanya berdasarkan tajuk filem ini, anda mungkin akan fikir yang ia berkait dengan genre askar atau cerita-cerita zaman peperangan 60-an 70-an dahulu.

Tetapi, idea itu meleset sama sekali kerana kami janji filem ini bukanlah seperti filem-filem yang biasa anda tonton sebelum ini.

swiss1

Kedua-dua pelakon utamanya Paul Dano dan Daniel Radcliffe telah memainkan watak mereka dengan sangat hebat, memandangkan hakikat bahawa hanya mereka satu-satunya pelakon utama dalam filem ini.

Ia bermula dengan watak Hank (di bawa oleh Paul Dano) yang telah terdampar di sebuah pulau di Lautan Pasifik untuk jangka masa yang lama dan akhirnya membuat keputusan untuk membununuh diri.

Walau bagaimanapun, hasratnya itu terbatas setelah mayat Manny (dilakonkan oleh Daniel Radcliffe)  tiba-tiba muncul di persisiran pantai itu.

Hank yang begitu teruja dengan kehadiran Manny berasa seperti muncul sinar harapan baru untuk dirinya kerana pada ketika itu, dia berharap Manny masih hidup dan boleh menjadi penemannya di situ itu.

swiss-army-man

Namun, harapan itu segera bertukar menjadi abu setelah dia sedar hakikat bahawa Manny tidak lagi bernyawa dan tidak boleh menemannya di pantai itu…Atau sebenarnya dia boleh?

Perjalanan cerita ini akan membuatkan anda mengalami pelbagai jenis emosi dalam masa yang sama – gembira, sedih, terkejut, kagum dan juga keliru, dalam hanya 1 jam 32 minit!

Apabila anda menonton filem ini, anda terlebih dahulu perlu bersedia dari segi mental dan emosi kerana jika tidak, anda hanya akan menganggap ia sebagai sebuah filem lokek dan tidak mempunyai apa-apa nilai dan moral.

swiss-army-man

Ya, permulaan (keseluruhan sebenarnya) filem ini agak menggilakan jika dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan banyak (TERLALU BANYAK) lawak dan adegan kentut.

Tetapi, lebih mendalam anda menontonnya dengan fokus yang tinggi, anda akan dapat mesej sebenar cerita ini.

Hank telah membantu Manny yang dengan ajaibnya kembali bernyawa untuk belajar hidup menjadi manusia.

Walaupun cara yang dia gunakan itu tidak seperti apa yang kita (insan biasa) mungkin sangkakan, kedua-dua watak itu berjaya memanfaatkan kehadiran masing-masing dengan begitu harmoni sekali.

v3y3c2nje6yjh4zu7tdjro8l45-sjlh-large

Melalui semua pengalaman gila dan unik kedua-dua watak-watak ini lalui, mereka berdua pelajari sesuatu yang baru tentang nilai kehidupan dan pada dasarnya mereka juga telah mempelajari bagaimana untuk memulakan kembali kehidupan untuk menjadi seorang manusia biasa yang tidak boleh lari daripada personaliti unik masing-masing.

SWISS ARMY MAN (2016) Daniel Radcliffe and Paul Dano

Hubungan antara Hank dan Manny, walaupun keseluruhannya lebih kepada komedi, ada sesuatu tentang chemistry kedua watak itu yang akan menyentuh hati anda.

Kembali kepada originaliti filem ini, kedua-dua pengarah filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert dengan jayanya mengekalkan idea sebenar mereka dalam menghasilkan filem ini – iaitu untuk menjadi sebuah filem yang lain daripada yang lain dan tidak akan dapat dilupakan dengan begitu sahaja.

Kesimpulannya, Swiss Army Man adalah sebuah filem yang akan buat anda tertawa, menangis, pening kepala dan keseluruhannya, berasa tidak rugi dan bahagia setelah menontonnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button