FesyenGaya Hidup

Mix & Match Bergaya Ke Pejabat #TemaPejabat

Mix & Match kali ini akan menampilkan gaya untuk ke pejabat.

Pernahkah anda mengalami masalah untuk memilih pakaian apa yang sesuai untuk ke pejabat. Apabila anda tidak dapat memutuskan pakaian yang sesuai untuk dibuat akhirnya anda hanya mengenakan baju biasa-biasa sahaja dan mula untuk tidak bersemangat untuk memulakan kerja.

Pada kali ini kami akan memberikan anda beberapa tips pemakaian untuk ke pejabat supaya anda dapat tampil bergaya dan dengan penuh keyakinan.

Terdapat beberapa butik online (Instagram) yang berpatutan kami akan paparkan untuk kemudahan anda mencarinya nanti.

  • Gaya Santun Ayu

Tentu anda akan kelihatan menyerlah dengan Alya Top ini yang berwarna putih yang digabungkan dengan blue melia skirt yang bercorak bunga-bungaan ini. Tambahan dengan Lacey shawl yang berwarna biru ini membuatkan anda lebih cantik untuk ke pejabat nanti.

pejabat1

Shawl – Lacey shawl di @waffaa.my

Baju – Alya Top di @nairis.concept RM69

Skirt – Blue Melia Skirt di @waffaa.my RM75

  • Gaya Selesa

Untuk gaya yang lebih selesa cuba anda padankan dengan Adriane Top bersama Palazzo Linen Hidden Zip ini . Pilih warna yang bersesuai antara seluar dan baju.

Untuk kelihatan yang “sweet” anda boleh pilih warna-warna pastel dan kalau inginkan yang lebih menyerlah boleh padankan dengan warna-warna yang striking atau warna yang gelap.

Jangan lupa padankan dengan shawl yang bersesuai dengan warna baju atau seluar. Pastikan anda pilih padanan warna yang sesuai ya.

pejabat2 pejabat3 pjabat-tudung

Shawl – Heavy Chiffon Shawl di @Bold.kl RM12

Baju – Adriane Top di @Stylrcouture RM69

Palazo – Palazzo Linen Hidden Zip di

             @Colourcycleboutique RM69

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button