Gaya HidupMakan & Minum

Buat Grilled Cheese Anda Guna Seterika!

maKalau anda bujang dan tinggal di rumah seorang atau sedang menetap di kolej, anda mungkin tahu apa perasaannya apabila lapar dan sangat malas untuk keluar beli makanan – lebih-lebih lagi bila kedai makan itu berada berbatu-batu jauhnya dari rumah atau kolej anda.

Keadaan akan menjadi bertambah malang untuk anda apabila anda hanya tahu untuk masak air sahaja selama anda hidup di dunia ini.

Jadi, apa yang boleh anda buat atau masak untuk selamatkan diri anda daripada mati kebuluran? Jawapannya tidak lain tidak bukan: Grilled Cheese!

“Seriuslah Grilled Cheese? Saya mana pandai masak, nanti hangus pula roti tu atas dapur, lagipun dekat kolej mana ada dapur pun nak masak” – mungkin apa yang sedang anda katakan dalam hati sekarang.

Jangan putus asa lagi! Kerana dengan resepi ini, anda tidak perlu risaukan dapur, periuk belanga, atau skill memasak taraf dunia sekalipun, kerana apa yang anda perlukan adalah seterika dan kesabaran yang tinggi!

c9215-img_2095

Bahan-bahan:

  1. Seterika yang berfungsi
  2. Dua keping roti pilihan anda
  3. Keju (Chesdale boleh, Cheddar atau Mozzarella pun boleh)
  4. Mentega & lada hitam (kalau nak)
  5. Aluminium Foil
  6. Garfu

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, jangan lupa hidupkan seterika anda pada tahap yang paling tinggi. Sekiranya seterika anda itu mempunyai mod steaming, matikan mod itu.

 

7e691-img_2103

  1. Kalau anda suka grilled cheese yang kaya dengan rasa lemak dan berkrim, anda boleh sapu mentega pada kedua-dua roti anda.

 

755eb-img_2104

  1. Setelah itu, letak keju pilihan anda di atas roti – ya, anda boleh campur kesemua keju yang anda ada (kecuali cream cheese), tetapi pastikan jumlah tidak akan mencomotkan keadaan.

 

755eb-img_2104

  1. Gabung kedua-dua keping roti dan balutnya dengan aluminium foil dengan kemas dan cocok beberapa lubang kecil dengan garfu (ini bagi mengelak roti anda daripada jadi lembik).

 

c41ea-img_2112

  1. Tibalah masanya untuk ‘masak’ grilled cheese anda itu! Letak dan biarkan seterika anda di atas roti untuk 10-15 minit bagi kedua-dua belahnya.

 

2d46f-img_2106

  1. Anda boleh periksanya dipertengahan tempoh ia sedang masak. Tapi ingat untuk berhati-hati. Siap! Selamat menjamu selera!

 

Sangat mudah bukan, resepi ini?! Boleh lah anda buat jamuan grilled cheese dengan roommate dan rakan-rakan sekolej lepas ini.

Sumber: grilledcheesesocial.com

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close