Menurut satu kajian dalam jurnal Human Reproduction, hampir separuh daripada lelaki tidak mendapatkan rawatan selepas setahun atau lebih, tidak dapat membuat pasangan mereka hamil.
Dan ini semua berkemungkinan besar disebabkan maruah mereka, kata Stanton Honig, M.D., pakar urologi dan pengarah Kesihatan Lelaki di Yale University School of Medicine.
Seorang lelaki yang berurusan dengan kemandulan mungkin merasakan isu ini membuatkan dia rasa tidak cukup jantan – dan dia hanya akan menangguh dari berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan dari mengesahkan bahawa masalah ini wujud.
Selain itu, ramai lelaki yang mempunyai ego yang tinggi hanya akan menganggap bahawa jika pasangan mereka tidak boleh hamil mungkin disebabkan oleh masalah perempuan itu sendiri dan bukan kerana dia.
Pemikiran seperti itu salah sama sekali kerana ketidaksuburan di kalangan lelaki dan wanita adalah sama dan dengan mengelak daripada mendapatkan rawatan hanya akan memburukkan keadaan.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ketidaksuburan lelaki boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan yan lebih serius seperti kanser testis – yang boleh mengurangkan jumlah sperma anda.
Dalam kes seperti itu, dengan mendapatkan rawatan yang lebih awal masih boleh membantu anda sebelum kanser mempunyai peluang untuk merebak sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, jangan risau kerana ia lebih besar kemungkinan bahawa punca kepada masalah ini mungkin tidak se-serius yang anda sangkakan –seperti ketidakseimbangan hormon atau halangan fizikal di rantau buah zakar anda yang boleh diperbaiki dengan pembedahan (kencing manis dan tekanan darah tinggi juga boleh memainkan peranan.)
Walau apa-pun, anda tidak perlu takut kerana pemeriksaan yang akan dijalankan ketika dapatkan rawatan itu bukanlah begitu menakutkan seperti yang anda jangkakan.
“Kebanyakan lelaki menyangka pemeriksaan itu akan menyakitkan mereka, tetapi ia adalah sebaliknya,” kata Dr. Honig. “Ia melibatkan perbincangan, pemeriksaan fizikal yang tidak menyakitkan, dan analisis air mani.”
Sekiranya doktor mendapati bahawa terdapat masalah pada testis anda, rawatan yang terbaik akan diberikan bergantung kepada diagnosis khusus anda.
Kesimpulannya, jangan tunggu lama-lama kerana anda mungkin mempunyai masalah yang lebih serius dari yang anda fikirkan selama ini.
Sumber: menshealth.com