Gaya Hidup

Tempat Sandar Kepala Kereta Boleh Selamatkan Nyawa Anda

Sekiranya anda ditimpa nasib malang dengan mendapati diri anda berada dalam kereta yang tenggelam di dalam air, naluri pertama yang anda lakukan adalah dengan mencuba untuk membuka sama ada tingkap atau pintu pada saat pertama air mula masuk.

Malangnya, jika anda tunggu lagi lama daripada itu, tekanan air akan mula meningkat dan akan menjadikannya lebihh mustahil untuk membuka pintu kereta dan tingkap dan pada masa pintu kereta boleh dibuka dengan selamat, ianya mungkin sudah terlambat untuk anda.

headrest-your-vehicle-can-potentially-save-your-life-one-day-w1456m

Satu lagi taktik yang adalah untuk mengambil tindakan. Lihat sekeliling kereta anda dan cari apa-apa benda tajam atau tumpul, (skateboard, payung, penukul) yang anda boleh gunakan untuk memecahkan tingkap kaca dan melarikan diri.

Jika tiada apa-apa, jangan cuba untuk tumbuk atau tendang pintu untuk keluar kerana itu hanya akan merugikan tenaga dan oksigen anda.

“Jadi, apa yang boleh saya buat ni?” – Cabut tempat sandar kepala kereta anda!

headrest-your-vehicle-can-potentially-save-your-life-one-day-w1456k
Selain daripada menjaga keselesaan anda, tempat sandar kepala ini juga boleh membantu untuk menyelamatkan nyawa anda apabila kereta anda tenggelam di dalam air.

headrest-your-vehicle-can-potentially-save-your-life-one-11

Jika anda berada dalam kereta yang hampir tenggelam, cabut tempat sandar kepala dari tempat duduk anda. Letakkan salah satu daripada dua rod besi itu di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.

headrest-your-vehicle-can-potentially-save-your-life-one-day-w1456

Pastikan anda masukkan  ke dalam salah satu bahagian bawah hujung tingkap, kerana itulah di mana ia paling mudah pecah.

headrest-your-vehicle-can-potentially-save-your-life-one-day-1280x600

Selepas rod berada di dalam, tarik tempat sandar kepala ke arah anda dan tingkap itu akan pecah. Anda boleh melihat kaedah ini dilakukan di dalam kereta yang tenggelam (pada 0:20 saat) dalam video di bawah.

 

Dengan hanya menggunakan sikit tenaga keseluruhan cermin kaca itu mampu pecah (jadi lebih baik anda tutup mata siap-siap).

Kesimpulannya, jika anda pernah mendapati diri anda dalam situasi malang seperti ini, jangan panik dan hanya ingat tentang tempat sandar kepala ini kerana ia amat berguna untuk membantu anda kekal hidup.

Sumber: survivial-training.wonderhowto

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button