Gaya HidupKesihatan

Atasi Masalah Jerawat, Mata Sembab, Kulat Kaki dan Rambut Berminyak Dengan Barang Dapur

Daripada anda menghabiskan tenaga dan wang untuk pergi jauh-jauh hanya untuk ke kedai ubat, lebih baik anda ke dapur sendiri, kerana untuk pengetahuan anda, kebanyakan barangan dapur sebenarnya berkesan untuk mengubati kesemua masalah yang kami katakan tadi!

Berikut adalah empat cara mudah untuk memulihkan penampilan anda dengan beberapa barangan rumah ini:


Kecilkan Mata Sembab

frozen-spoon-for-eyebags

Selalunya kita akan lihat orang akan gunakan timun untuk atasi masalah ini. Tapi, anda sebenarnya boleh mendapatkan keputusan sama dengan hanya menggunakan dua sudu yang telah disejukkan!

Anda hanya perlu masukkan dua sudu ke dalam peti sejuk dan biarkan ia semalaman atau hingga sejuk. Selepas itu, letaklah pada mata anda untuk beberapa minit.

Singkirkan Kulat Pada Kaki

vinegarsoak-og

Daripada anda dapatkan rawatan kaki yang berharga beribu-ribu untuk satu sesi, baik anda pergi cari besen dan cuka di dapur.

Kemudian rendam kaki anda dalam campuran satu bahagian cuka dengan dua bahagian air selama 15 minit untuk tiga hari berturut-turut, dan anda akan kembali dapat kaki yang sihat!

Hilangkan Jerawat di Muka!

oatmeal-maskj

Untuk langkah ini, anda memerlukan oat dan yogurt.

Kebanyakan orang suka merawat kesan terbakar dan ekzema mereka dengan menggunakan oat – dan sebenarnya, ekstrak oat sering ada dalam produk untuk menghilangkan jerawat.

Campurkan 2 sudu oat dengan 1 hingga 2 sudu yogurt biasa. Selaputi muka anda dengannya dan tunggu selama 10 minit, dan bilas.

Buat Syampu Anda Sendiri

img_0011-576x383

Tiada duit nak beli syampu baru? Jangan risau, kerana anda tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk syampu.

Rumah ada baking soda? Perfect! Kerana itu sahaja yang anda perlukan untuk buat syampu ini.

Baking soda adalah pembunuh bau semula jadi. Jadi, salut rambut anda sepenuhnya dengan baking soda, kemudian sikat seperti biasa hingga ia sebati dengan rambut anda.

Jangan gunakan terlalu banyak atau anda akan kelihatan seperti kena baling dengan tepung pula nanti.

Sumber: menshealth

Show More

Related Articles

Back to top button