Gaya HidupKesihatanSukan

4 Jenis Yoga Mudah Anda Boleh Lakukan Di Rumah – 15 Minit Sahaja!

Bila lagi mahu merehatkan minda dan badan anda dengan betul, cubala tips sukan dari kami dengan beryoga selama 15 minit hanya di rumah. Yoga ini amat mudah dilakukan dan  bagus untuk anda merehatkan minda dan badan anda dari sebarang stress.

  • Chair Pose

BACKBENDS_C

Cara-caranya :

1.Berdiri dengan lebarkan sedikit  jarak kaki anda dan menghala ke hadapan. Tarik nafas dalam-dalam dan angkat tangan anda sehingga lurus di atas kepala anda.

2.Tolak bahu anda ke bawah dan jauh dari telinga anda. Kemudian, bengkokkan  pinggul anda dan tunduk badan anda sedikit, seolah-olah duduk di atas kerusi. Cuba rendahkan badan anda serendah yang anda selesa. Memanjangkan tulang belakang anda, dan tarik nafas perlahan-lahan. Cuba untuk bertahan pose ini selama enam hingga lapan nafas dan kembali  berdiri. Ulang

  • Forward Bend

forward-bend

Cara-caranya

  1. Dari gaya chair pose ,cuba angkat tangan anda ke siling dan kembali berdiri. Tarik nafas keluar, bengkokkan pinggul anda dan turunkan kepala anda ke lantai sejauh yang mungkin.
  1. Kebelakangkan lengan anda di kaki anda dan tahan siku anda. Biarkan kepala anda tergantung dan berehat. Tarik nafas, gerakkan tangan ke hadapan badan anda dan sambil nafas dihembus keluar, pastikan pinggul anda menegak ke arah siling. Tahan selama lapan nafas dan letakkan tangan anda di pinggul dan kembali berdiri dengan perlahan-lahan. Ulang
  • Plank Pose

plank-pose

Cara-caranya :

  1. Letakkan tangan anda di atas lantai, lebarkan bahu anda, dan gerakkan kaki anda melurus ke belakang sehingga anda berada dalam kedudukan papan yang lurus. Lebarkan jari anda sebanyak yang mungkin.
  1. Memanjangkan tulang belakang badan anda dirikan tumit anda dalam posisi yang lurus. Anda akan dapat rasakan regangan di seluruh otot-otot belakang anda.Tahankan posisi ini selama lapan nafas. Dan cuba rendahkan badan anda ke bawah perlahan-lahan. Ulang.
  • High Lunge

high-lunge

Cara-caranya :

  1. Bangun dari posisi plank. Gerakkan satu kaki kehadapan dan bengkokkan kaki anda.
  1. Didalam posisi ini, angkatkan kedua tangan anda ke atas supaya bahagian badan anda dalam keadaan lurus. (Kaki belakang anda tetap lurus dan kaki hadapan anda dibengkokkan pada 90 darjah.) Ini turut melibatkan otot bawah badan anda (lower-body). Pegang posisi ini selama lapan nafas. Kembali kepada posisi plank seperti di atas dan ulang kembali posisi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Today’s Parent

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker