Bisnes & Ekonomi

15 Tips Untuk Anda Berjimat Sebagai Pelajar

Sentiasa ingat dalam diri anda bahawa kunci untuk berjaya dalam menyimpan kewangan adalah berjaga-jaga bagaimana anda berbelanja dan buangkan tabiat suka membazir.

Sebagai pelajar, anda mesti mengalami masalah kewangan.  Duit biasiswa atau duit pinjaman untuk perbelanjaan  di universiti sentiasa tidak cukup untuk digunakan selama satu semester.

Tetapi hal ini dapat di elak jika anda bijak membahagi duit perbelanjaan  itu. Tidak salah sebenarnya untuk hidup mengikut kemampuan anda dan disini kami akan memberikan 15 tips penjimatan khas untuk pelajar :

  1. Beli atau sewa buku teks secondhand dari senior dan menjual buku teks semester yang lepas kepada junior kita. Kita juga boleh menjual semua buku-buku sem lepas yang kita ada pada tahun terakhir pengajian kita.
  2. Hadkan kekerapan anda makan di luar untuk setiap bulan.
  3. Sentiasa membayar bil pada masanya untuk mengelakkan kos penangguhan. (bil telefon atau wifi)
  4. Gunakan pengangkutan awam yang disediakan di universiti anda. Kerana kos pengangkutan sememangnya     termasuk didalam yuran pengajian kita. Rugi kalau kita bazirkan begitu sahaja.
  5. Pertimbangkan pakej telefon asas yang murah atau pelan yang memberikan kita internet,panggilan dan mesej yang tidak terhad atau pun percuma.
  6. Berbelanja di tempat yang menawarkan diskaun pelajar kerana kini terdapat banyak tempat yang menawarkan diskaun kepada pelajar-pelajar. Contohnya, anda boleh berbelanja dengan menggunakan Kad Siswa di tempat yang terpilih.
  7. Jual barangan yang anda tidak guna atau tidak memerlukan lagi. Kini zaman internet, anda boleh menjualnya melalui laman sosial dan web perniagaan dengan mudah. Contohnya di Instagram, Facebook, Twitter, Carousell dan banyak lagi.
  8. Ambil kesempatan menyertai aktiviti-aktiviti kolej yang ditawarkan ataupun menyertai sukarelawan dari aktiviti luar kampus. Banyak kampus mempunyai pelbagai muzium, aktiviti filem, dan acara sosial yang lain dengan harga yang murah, kekadang aktiviti itu percuma.
  9. Skip perbelanjaan percutian anda yang mahal dan cari alternative, seperti menyertai aktiviti sukarelawan dari aktiviti sosial di luar yang dapat memberi anda jalan-jalan. Kerana aktiviti begini akan menyediakan semua kemudahan.
  10. Seorang penyayang haiwan? Tunggu sehingga anda tamat pengajian kerana kos untuk menjaga haiwan sangat mahal (makanan dan barangan aksesori). Jika anda suka haiwan banyak tempat perlindungan haiwan yang memerlukan sukarelawan.
  11. Pergi ke kelas. Anda telah membayar yuran pengajian dan jika anda ponteng, seolah anda telah membuang duit anda begitu sahaja.
  12. Jangan sesekali mengambil mana-mana pinjaman yang tidak berkaitan dengan pendidikan anda.
  13. Membuka akaun simpanan bank yang dapat memberi faedah.
  14. Membuat simpanan berwarna. Contohnya, pada hari biasa, sehari menyimpan wang RM1 (wang kertas warna biru) manakala pada hujung minggu sehari simpan RM5 (wang kertas warna hijau).
  15. Berkongsi membeli mesin pencetak. Kongsi bersama rakan sebilik anda dan pada hujung pengajian anda boleh menjualnya pada junior yang tinggal dirumah atau dibilik itu.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk menjadi pelajar yang bijak dalam berjimat.

Show More

Related Articles

Back to top button