FesyenGaya HidupKesihatan

Suka Pakai Kasut Tumit Tinggi? Ketahui Ketinggian Yang Anda Boleh Pakai Dengan Formula Ini!

Anda mungkin pernah rasa dengki dengan perempuan lain yang boleh pakai high heels dengan kelihatan sangat selesa ketika memakainya dan tertanya-tanya mengapa anda tidak boleh rasa begitu juga. Dan ini semua disebabkan bentuk kaki anda.

54a752560309b_-_elle-high-heels-h-elh

Menurut pakar, sesetengah wanita memang dilahirkan untuk boleh pakai kasut tumit setinggi langit, manakala yang lain pula dilahirkan untuk tidak selesa memakai apa-apa saiz sekalipun.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bersedih lagi kerana dengan formula yang dipanggil Perfect Heel Height (PHH) oleh Emma Supple, anda kini boleh cari kasut tumit tinggi yang sesuai untuk anda!

Woman feet with shoes nearby

 

Pengukuran ini berdasarkan kepada fleksibiliti talus, tulang yang menghubungkan kaki dan betis.

Talus adalah tulang melengkung  yang terletak di atas dan di bahagian depan kaki anda, dan cara tulang itu bergerak menentukan ketinggian kasut tumit yang patut anda pakai.

BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN FORMULA ITU?

Apa yang anda perlukan adalah sebuah kerusi, pita pengukur, pensil dan seorang rakan untuk membantu.

3924245000000578-3824090-image-m-20_1475698445007

  1. Tanggalkan kasut anda, duduk dan luruskan satu kaki di hadapan anda.
  2. Jika kaki anda dapat kekal lurus begitu, maka anda mempunyai mobiliti yang kurang dalam talus anda dan akan lebih selesa dengan memakai kasut yang rata daripada kasut tumit tinggi.
  3. Jika bahagian atas kaki anda jatuh ke hadapan, dan berada sebaris dengan garis lurus peha dan betis anda, anda sememangnya ditakdirkan untuk memakai kasut tumit tinggi.
  4. Untuk mencari ketinggian tumit optimum anda, minta rakan anda untuk membantu menghulurkan pita pengukur dari tumit anda dalam garis selari dengan lantai, kemudian letakkan pensil pada hujung tapak kaki anda dan pastikan ia mencecah dengan pita pengukur tadi.
  5. Baca ukuran pada pita pengukur di mana ia mencecah pensil hingga ke tumit anda dan itu adalah ketinggian ideal anda.

Namun, walaupun formula ini telah memberikan jawapan kepada isu anda selama ini, ia tidak bermakna yang ia bagus untuk kesihatan anda. Anda tidak digalakkan untuk memaki lebih daripada tiga inci untuk pemakaian harian. Anda perlut terima hakikat yang memakai kasut tumit yang terlalu tinggi terlalu kerap boleh menyebabkan masalah jangka panjang.

Sumber: dailymail

Show More

Related Articles

Back to top button