Gaya HidupPercutian

5 Ciri Bagasi Yang Patut Dibawa Ketika Bercuti!

Menyusun ribuan beg dalam saiz yang berbeza dari segi bentuk dan berat adalah perkara biasa untuk pengendali bagasi syarikat penerbangan.

Kadang-kadang anda mungkin akan mengalami masalah dengan bagasi anda jika ia melibatkan penerbangan yang panjang.

Zack, seorang anak kapal lapangan terbang untuk sebuah syarikat yang menyediakan bagasi dan perkhidmatan landasan kepada beberapa syarikat penerbangan utama AS telah berkongsi tips yang terbaik mengenai cara untuk memastikan beg anda bertahan sepanjang perjalanan itu.

Pastikan bagasi anda mempunyai pemegang di bawahnya

peter-west-carey-110720-132151-36311

Ianya penting untuk mempunyai pemegang di bawah (antara roda) untuk memudahkan kerja pengendali bagasi kerana ia akan lebih mempercepatkan proses. Ia bukan hanya bagus untuk beg anda tetapi juga lebih melajukan pergerakan mengendali bagasi-bagasi lain.

Pastikan bagasi anda penuh dengan barang

suitcase6548

Bagasi anda berkemungkinan untuk dihimpit dan disusun di bawah bagasi lain dan bagasi yang penuh dengan barang adalah yang paling baik dalam situasi ini.

Pastikan kesemua zip beg anda ditutup dengan betul dan ketat.

Jangan simpan produk yang mengandungi cecair di bahagian poket luat bagasi anda untuk mengelaknya daripada tertumpah atau dihimpit oleh beg-beg lain.

Pilih bagasi berstruktur dan keras

ny26-li_bottomhandle
Bagasi yang tidak ada struktur dan tidak tahan lasak adalah lebih cenderung untuk hancur atau rosak dihimpit oleh bagasi-bagasi lain.

Bagasi anda perlu mempunyai struktur yang keras supaya ia tidak mudah dihenyak oleh bagasi lain dan merosakkan barang-barang yang anda bawa bersama.

Pilih bagasi yang mempunyai empat roda

luggage-with-plane-behind

Bagasi yang mempunyai empat roda adalah lebih mudah untuk dikendalikan kerana ia hanya akan meluncur ke tempat yang sepatutnya ia pergi.

Malah bagasi yang beroda dua mungkin akan dilemparkan atau diheret (dengan kasar) jika mereka perlu bergegas untuk berlepas.

Jangan bimbang jika bagasi anda kotor

2a9c0cc000000578-0-image-a-31_1437114328997
Pengendali bagasi tidak heran jika bagasi anda berjanama Louis Vuitton sekalipun. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika terdapat sedikit kekotoran pada bagasi anda kerana bagasi direka untuk melindungi kandungan di dalamnya bukan dirinya sendiri.

Sumber: cntraveler

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button