Gaya HidupKecantikan

Teknik Jamsu Ini Akan Buat Makeup Anda Kekal Flawless Sepanjang Hari!

Kita sememangnya sudah tahu yang wanita-wanita Korea amat mementingkan penjagaan diri mereka. Dari penjagaan kulit, penjagaan badan, dan juga penjagaan terhadap makeup mereka.

Tipulah kalau ada yang kata mereka tak nak makeup kelihatan flawless walaupun sudah berjam-jam memakainya dan itulah sebabnya wanita-wanita Korea ini telah pergi ke tahap yang lebih tinggi dalam makeup game mereka untuk kelihatan cantik sepanjang masa.

Teknik Jamsu ini amat bertentangan dengan teknik baking yang terkenal selama ini. Kerana teknik baking menggunakan haba untuk mengekalkan loose powder ke dalam kulit. Tetapi teknik “jamsu” menggunakan satu mangkuk air sejuk untuk memberikan anda kesan yang sama, malah juga lebih baik!

Ini bagaimana untuk melakukannya:

revlon-2013-colorstay-24-hours-foundation-concealer-promo1

1. Lakukan rutin penjagaan kulit muka dan makeup

anda seperti biasa

00381370030164_cf_

2. Sebaik sahaja anda selesai memakai foundation dan juga concealer, letak bedak loose powder yang anda ada atau bedak Baby Johnson pun boleh. Kemudian tepek pada muka anda dengan menggunakan makeup span yang sedikit basah dan biarkan ia buat seketika.

jamsu-makeup-trend-1-8-1024x768

3.Tuangkan air ke dalam mangkuk besar dan tenggelamkan wajah anda sepenuhnya selama 30 saat.

makeup-for-passport-and-id-photos-no-fail-no-makeup-makeup-look-cover

4. Sebaik sahaja anda mengangkat kepala dari mangkuk, lap sehingga kering anda akan terus boleh nampak kesannya – betapa lembut, matte, dan kami jamin tidak akan cair pada cuaca yang panas.

Teknik ini dikatakan mampu menyingkirkan mana-mana produk serbuk lebihan (bedak/eyeshadow/contour) yang anda gunakan di atas foundation anda dan meninggalkan kulit anda kelihatan sama seperti kulit anda sendiri (walaupun sebenarnya anda memakai makeup yang tebal). Selamat mencuba!

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker