Gaya HidupKecantikan

Boleh Ke Perlahankan Penumbuhan Uban?

Bagi mereka yang bangga dengan peningkatan usia mereka dengan menyambut kemunculan uban, ada juga yang sebenarnya malu bila mereka nampak uban mula tumbuh di kepala dan berharap untuk memperlahankan penumbuhannya.

Tapi persoalannya, boleh ke nak perlahankan pertumbuhan uban?

Pertama sekali, anda perlu tahu yang kemungkinan untuk anda dapat uban atau tidak bergantung kepada gen anda. Sesetengah orang akan mula mempunyai uban seawal umur 20-an, manakala yang lain pula ketika umur 50-an.

Grayhaired Woman by Window --- Image by © Patrik Giardino/Corbis

Jika salah seorang daripada ibu bapa anda mula beruban pada usia yang muda, ada kemungkinan untuk anda juga jadi begitu.

Walaupun tidak ada cara sebenar untuk menghentikan penumbuhan uban sepenuhnya, masih ada cara untuk melambatkan proses tersebut walaupun tidak ada kaedah yang konkrit, masih ada sesuatu yang boleh membantu anda.

Jika anda kekurangan vitamin B, anda perlu tambah makanan yang kaya dengan vitamin B yang berguna dalam menghentikan penumbuhan uban pra-matang.

Faktor pemakanan dan hormon juga boleh menjejaskan warna rambut, (begitu juga penyakit boleh dan tekanan). Salah satu sebab untuk ini adalah kerana tekanan, penyakit dan diet yang tidak betul boleh mengurangkan vitamin B badan anda.

Jadi, makanlah lebih banyak ikan dan bahan tenusu!

manipulasi-genetika-bisa-hilangkan-rambut-uban-221582-1

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu yang sekiranya anda mencabut uban, itu tidak akan membawa apa-apa perubahan sekali pun.

Ini kerana, jika anda terus mencabut uban anda akan meninggikan risiko untuk folikel rambut menjadi rosak dan ini turut mengakibatkan penumbuhan rambut yang tidak terurus dan juga kehilangan rambut.

Sumber: Good Housekeeping

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button