Gaya HidupKecantikan

Cuka Epal Sider Boleh Berikan Rambut Bersinar Yang Anda Inginkan

Siapa je lah dalam dunia ni yang tak sukakan rambut yang sihat dan cantik? Anda mungkin pernah terfikir bila anda lihat seseorang dengan rambut yang cantik dan fikir “macam mana dia buat sampai rambut dia nampak cantik dan berkilat sampai macam tu sekali?” Mungkin anda akan menjawab sendiri dalam hati yang mereka mungkin telah habiskan beratus-ratus ringgit di salun untuk mencapai result secantik itu.

Tapi, untuk kita-kita yang tak lah mewah sangat ni, alternatif apa lagi yang kita ada untuk dapatkan rambut yang cantik tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak? Itulah sebabnya apabila kami dapat tahu yang ada hack yang boleh memberikan kita rambut yang diidamkan selama ini tanpa perlu mengeluarkan jumlah duit yang banyak, kami terus cari sampai jumpa!

Pakar rambut dan trikologi, Sally-Ann Travers, telah memberikan hack utamanya dalam penjagaan rambut yang ringkas dan dijamin keberkesanannya. Sally telah mengesyorkan untuk kita membilas rambut dengan menggunakan cuka epal sider!

1454232576-heinz-apple-cider-vinegar

Cuka epal sider mampu membuang apa-apa elemen asing daripada produk anda yang sedang membina dalam kulit kepala anda dan ia akan kemudian meninggalkan rambut yang berkilat.

Mengapa kena singkirkan elemen itu? Produk penggaya rambut yang berat seperti dry shampoo dan hairsprays sangat senang untuk lekat pada rambut anda dan membuat ia kasar dan tidak sihat. Silikon yang ada dalam formula syampu dan perapi tertentu tertentu boleh membina pada rambut dan meninggalkan helaian rambut anda kelihatan kering dan membosankan.

Apple cider vinegar for hair care silky smooth hair

Disebabkan cuka epal sider ini berasid, ia akan menutup kutikula rambut dan ini membolehkan refleksi cahaya yang lebih baik (aka, bersinar) pada rambut anda.

Apa yang anda perlu buat adalah mudah sahaja: campurkan 1 bahagian cuka epal sider dengan 10 bahagian air. Kemudian bilas rambut anda dengan campuran itu dan biarkan selama 5 minit.

Selepas itu, bilas dengan bersih dan kemudian basuh rambut anda seperti biasa.

tea-tree-oil-and-apple-cider-vinegar-hair-rinse

Sumber: Good Housekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button