Gaya HidupKecantikan

Buat Sabun Anda Sendiri Dengan Menggunakan Serbuk Kopi!

Pecinta kopi pasti faham rasa rugi setiap kali mereka terpaksa buang serbuk-serbuk kopi yang telah digunakan tadi.  Oleh itu, kami akhirnya sudah jumpa jalan penyelesaian untuk dilemma ini!

Daripada buang, baik buat sabun DIY anda sendiri dengan menggunakan bebarapa lagi bahan lain. Sabun ini sangat mudah untuk dibuat dan ia mampu membuang sel kulit mati, menghilangkan bau busuk, dan menghasilkan kulit lembut dan sihat.

Apa yang anda perlukan:

398981c2faa03a81_p1150567-preview

  1. 3g sabun gliserin
  2. 1/4 cawan serbuk kopi yang telah digunakan
  3. 1 sudu teh esen vanila
  4. 1 sudu teh susu tepung (pilihan)
  5. Periuk kecil
  6. Mangkuk kaca
  7. Dulang muffin
  8. Senduk
  9. Pisau mentega

 

 

 

 

 

 

Cara-cara:

Kumpul kesemua bahan yang anda perlukan untuk membuat sabun. Anda boleh menggunakan apa-apa jenis sabun yang anda mahu, tetapi kami mendapati yang sabun berasaskan gliserin adalah yang terbaik untuk memberikan anda sabun yang benar-benar cantik. Jika anda mahukan sedikit tekstur pada sabun anda, tambah susu tepung.

60a8bebb88aacd25_p1150575-preview
Sedia double boiler dengan mengisi periuk yang kecil dengan satu cawan air, dan letakkan mangkuk kaca di atasnya dan biarkan di atas api sederhana.

Sekarang, tambah sabun ke dalam mangkuk dan biarkan ia cair sepenuhnya dengan bantuan wap daripada air mendidih di bawah – ini hanya mengambil masa beberapa minit.

Sementara sabun cair, griskan empat ruang dalam tin muffin dan letakkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalamnya.

Apabila sabun telah cair, matikan api, masukkan vanila, dan tambah satu sudu teh serbuk kopi.

Anda juga boleh menambah susu tepung dan kacau.

43f2694dfd1a9efc_p1150584-preview

Kemudian, dengan berhati-hati senduk sabun ke dalam tin muffin, dan isi sampai penuh.

Benarkan sabun sejuk selama beberapa jam, dan kemudian keluarkan mereka dengan bantuan pisau mentega.

Balut dalam kertas minyak dan siap! Selamat mencuba semua!

d72429fb3206455d_p1150636

Sumber: popsugar

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button