Gaya Hidup

Bagaimana Untuk Memandu Dengan Selamat Bersama Anak-Anak Di Dalam Kereta

Tidak kira betapa hebatnya anda dalam pemanduan, anda perlu terima hakikat yang memandu bersama sekumpulan (atau seorang) kanak-kanak yang sangat teruja di tempat duduk belakang kereta adalah satu cabaran yang sangat besar!

Oleh itu, ikut kesemua tips-tips dari pakar keselamatan jalan raya ini untuk perjalanan yang lebih terjamin keselamtannya:

  1. Pastikan jarak kenderaan anda dengan kenderaan hadapan adalah pada jarak yang tidak berbahaya. Pastikan anda boleh melihat tayar kenderaan di depan anda semasa memandu. Dengan itu, jarak anda dan kenderaan tersebut adalah pada keadaan yang selamat jika perlu brek kecemasan.

f5o4nip1dededlu0h4f6-5541940

 

  1. Pastikan anak-anak berada dalam terkawal dengan memperkenalkan permainan yang mampu memberi ganjaran kepada tingkah laku baik itu. Permainan mudah alih atau pemain DVD dalam kereta akan membuat anak-anak duduk diam selama berjam-jam. Tetapi pastikan bunyi suara yang dipasang tidak akan mengganggu anda memandu.

services-3

 

  1. Jika anda merancang perjalanan yang panjang, pastikan anda merancangnya dengan teratur. Siapkan makanan dan minuman yang banyak untuk mengelakkan permintaan berterusan dari anak-anak.
    fdfcb866910cfb1b47aaabee5d52b11c

 

  1. Kerap berhenti di tempat rehat. Cari satu tempat yang membolehkan mereka untuk meluruskan kaki dan melepaskan rasa bosan, seperti R&R atau taman permainan.

rr2

  1. Pastikan anda sentiasa bawa beg plastik (tanpa lubang!) dalam perjalanan untuk kes-kes loya dalam perjalanan.
    09237-cover-plasticbag

 

  1. Seeloknya anda berada dengan seorang lagi orang dewasa untuk menjaga kanak-kanak, kerana ini akan membolehkan pemandu untuk menumpukan perhatian kepada perjalanan.

sb10063677a-012

  1. Jangan berpaling ke belakang untuk berurusan dengan anak-anak sekiranya anda masih memandu. Sebaliknya, cari tempat untuk berhenti dan barulah anda uruskan apa yang patut.
    driving-with-children-concern

 

 

Sumber: Good Housekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button