Teknologi

Ini Mengapa Anda Perlukan Dashcam Untuk Kereta Anda

Bukan sahaja dashcam membolehkan anda untuk merakam perjalanan sebagai bukti sekiranya berlaku kemalangan, mereka juga boleh membantu menjaga premium insurans anda. Kamera Dashboard (juga dikenali sebagai dashcam) kini dengan cepat menjadi item hangat yang mesti dibeli oleh mereka yang mempunyai kenderaan.

Kini juga dapat lihat peningkatan dalam bilangan dashcam yang telah dibeli pada tahun 2015. Ia bukan sahaja menggalakkan pemanduan yang lebih selamat dan memberi perlindungan yang sangat baik terhadap penipuan insurans, mereka juga kini boleh menjimatkan wang insurans kereta anda.

  1. Mengapa dashcams boleh membantu anda
    ht_dashcam_highway_pileup_mem_160830_31x13_1600
    Salah satu faedah utama dashcam adalah bagaimana ia boleh memberi kesan kepada insurans anda. Menurut kajian uSwitch, lebih satu perempat daripada pemandu yang tidak bersalah tidak dapat membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dalam kemalangan itu, dan insurans mereka boleh meningkat disebabkan itu. Dashcam menyediakan bukti apa yang berlaku dalam kemalangan, dan banyak syarikat insurans kini menerima rakaman dari dashcam dalam proses tuntutan. Ada juga yang menawarkan diskaun sehingga 12.5% bagi pelanggan yang menggunakan dashcam.

 

  1. Memandu lebih selamat
    dashcam-copyright-halfords
    Rakaman perjalanan anda dengan kamera adalah sesuatu yang satu daripada empat pemandu percaya boleh membantu memperbaiki cara mereka memandu. Dan 69% fikir ia akan membantu mereka untuk menyelesaikan kejadian permotoran sebelumnya.

 

3. Yang mana satu patut anda beli?
rac-05-full
Institut Good Housekeeping baru-baru ini telah menguji 10 daripada dashcams untuk mengetahui yang mana satu adalah yang paling baik.

Menurut mereka, dashcam RAC 05 Super HD, berjaya mendapat 89/100 mata, mencatatkan prestasi terbaik dalam ujian mereka. Ia berjaya mengagumkan mereka dengan rakamannya yang jelas dan terang, begitu juga mampu menangkap kedua-dua di waktu siang hari dan malam, dengan bateri back up yang menyediakan 20 minit waktu tambahan.

Jadi, apa anda semua tunggu lagi? Cepat beli dan kurangkan risiko anda daripada ditipu lagi jika berlaku sebarang kemalangan di masa hadapan!

Sumber: goodhousekeeping.co.uk

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close