Gaya HidupKesihatan

Loofah Mandi Lebih Kotor Dari Yang Anda Sangka

Kadang-kadang ada orang yang lebih memilih untuk sekadar mengguna tangan mereka untuk sabun badan, tetapi bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan dan kelembutan tangan, mereka akan menggunakan span mandian loofah untuk melakukan semua kerja menyabun itu. Walau bagaimanpun, pernahkah anda terfikir tentang kebersihan mereka sebenarnya?

bath-sponges

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal klinikal mikrobiologi, mereka mendapati bahawa scrub mandian itu sebenarnya syurga bagi semua aktiviti bakteria yang ada.

“Span ini sangatlah terkenal sebagai alat bantuan untuk mencergaskan kulit manusia,” kata penulis kepada kajian tersebut.

“Sebagai produk semulajadi, bagaimanapun, span loofah ini juga telah pun menjadi tuan rumah kepada pelbagai spesis bakteria.”

Rupa-rupanya menyental kulit anda dengan loofah itu setiap hari boleh menyebabkan sel-sel kulit mati terperangkap dalam jarring-jaringannya.

Gabungkan situasi tadi dengan keadaan panas dan lembap bilik mandi anda dan ini membesarkan lagi peluang untuk bakteria muncul.

20100120213055vbvnmc

Nasihat Dr. Stefanie Williams, seorang dermatologis tentang apa yang kita perlu gunakan di bilik mandi adalah, “Saya biasanya tidak menggalakkan pesakit saya terhadap penggunaan span loofah ini, kerana keadaan yang panas dan lembap bilik air itu akan lebih menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat,” katanya kepada kami.

“Cadangan saya adalah untuk memilih sabun yang baik dan menggunakan tangan sahaja sebaliknya.”

Tetapi bagaimana jika anda mahu terus menggunakan span loofah kesayangan anda itu? Birnur Aral, Ph.D., Pengarah Kesihatan, Kecantikan, dan Lab Sains Alam Sekitar di Institut Good Housekeeping, mengatakan yang loofah anda itu tidaklah seteruk yang anda sangkakan.

“Ya, walaupun loofah anda itu akan menjadi berminyak dan penuh dengan daki, anda hanya perlu menggantikan mereka dengan yang baru apabila mereka mula berbau.”

Yang paling penting, lakukan apa sahaja untuk memastikan ia kekal kering, dan jika anda melihat ia mula nampak pelik dari yang asalnya, buanglah jangan tunggu lama-lama!

min-order-is-15-mix-order-3164-natural-font-b-loofah-b-font-font-b-sponge
Tips untuk menjaga kebersihan span mandian anda:

  1. Pastikan anda membilasnya selepas setiap penggunaan.
  2. Biarkan mereka benar-benar kering, sebaik-baiknya jangan biarkan ia berada dalam keadaan panas dan lembap bilik mandi anda.
  3. Jangan simpan mereka kerana ini boleh menyebabkan kulat berkembang.
  4. Ganti mereka setiap tiga minggu.

 

 

 

Sumber: goodhousekeeping

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker