Gaya HidupKecantikan

Belajar Cara Yang Betul Untuk Pakai Blusher Ikut Bentuk Muka Anda!

Bagi kalangan anda yang minat dengan dunia makeup, anda pasti tahu yang makeup ini sememangnya satu hobi atau kerjaya yang amat menyeronokkan!

Anda boleh menerokai banyak perkara baru yang sebelum ini anda tidak pernah berani untuk cuba.

Contohnya, dengan menggunakan jenis warna yang terang atau pudar yang sebelum ini anda tidak pernah cuba, gaya dan juga identiti baru!

Blusher adalah antara produk yang mungkin tidak ramai berani guna kerana mereka risau akan kelihatan seperti badut – sekiranya dilakukan dengan cara yang salah, anda memang akan kelihatan seperti badut atau mungkin juga seperti seorang model Avant Garde.

Tetapi, jika berjaya dilakukan dengan betul, anda pasti akan kelihatan cukup menawan di mata semua orang.

bad-blush2

Jadi, mari pelajari bagaimana untuk mendapatkan rupa pipi idaman anda itu dengan mempelajari kaedahnya daripada makeup artis, Katey Denno.

Menurut beliau, cara yang paling mudah dan cepat untuk mendapatkan pipi yang kelihatan ‘sculpted’ tanpa perlu guna teknik contour adalah dengan menyesuaikan gaya blusher dengan bentuk muka anda. Berikut adalah tips-tips darinya:

  1. Muka panjang

01-blush-tips-for-different-face-shapes

Sapu blusher dalam gerakan membulat pada tulang pipi anda atau pada bahagian atasnya sedikit. Jika blusher anda mempunyai glitter atau apa-apa yang memberikan efek berkilau, pastikan anda kekalkan kilauan itu pada titik paling tinggi tulang pipi anda untuk memberikan kesan yang lebih menyegarkan.

  1. Muka bulat

02-blush-tips-for-different-face-shapes

Sapu blusher dalam gerekan sedikit menyerong, dengan mengikut garis dari tepi mulut ke telinga dan kemaskan ia secantik mungkin untuk menyerlahkan kawasan itu. Paling penting sekali, Denno berkata untuk memilih blusher yang berkonsistensi matte daripada yang mempunyai kilaun kerana jika tidak ia boleh membuat wajah yang bulat kelihatan lebih bulat.

  1. Muka empat segi

03-blush-tips-for-different-face-shapes_0

Sapu blusher pada bahagian bertentangan sudut rahang  anda dengan menyapunya dalam gerakan membulat di kawasan bawah tulang pipi anda. Ini akan memberikan fokus pada kawasan lebar pipi dan bukan rahang anda.

Sumber: womenshealthmag

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker