Gaya HidupKesihatan

Tidur Meniarap Bahaya Untuk Kesihatan Anda?

Semua orang mempunyai gaya tidur mereka yang tersendiri. Ada yang suka tidur terlentang, ada yang suka tidur mengiring, yang suka tidur terngaga sambil mata terbuka pun ada. Tetapi, ramai juga yang lebih suka untuk tidur meniarap.

Walaupun bagi mereka posisi tidur seperti ini sangat selesa, ia sebenarnya satu kedudukan tidur yang kadang-kadang boleh memberikan kesan buruk pada tuan punya badan.

Namun, masih ada berita baik tentang gaya tidur ini!

Posisi tidur yang secara saintifiknya lebih dikenali sebagai posisi “prone” adalah satu posisi yang tidak akan mengundang apa-apa masalah bagi orang dewasa yang sihat. Kami tekankan lagi sekali, mereka yang “SIHAT”.

Contohnya, bagi mereka yang mempunyai sakit pinggang yang kronik, gaya tidur ini mungkin akan mencetuskan rasa tidak selesa setelah mereka bangun dari tidur.

common-sleep-issues-woman

Dalam beberapa kes, tidur meniarap ini juga boleh menyebabkan kawasan lumbar tulang belakang, atau bahagian belakang anda yang lebih rendah untuk terlebih mengembang melampaui had yang biasa. Ini boleh menyebabkan ketegangan ligamen di bahagian tulang belakang anda yang boleh membawa kepada sakit belakang atau memburukkan lagi keadaan belakang anda.

Jika belakang anda terasa sakit apabila anda cuba untuk tidur, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit itu tanpa perlu mengubah gaya tidur anda:

  • Sekiranya anda seorang yang suka tidur meniarap: Letakkan bantal di bawah perut anda. Ini akan mengelak rasa tegang belakang anda daripada menjadi lebih teruk.

sleep-worst-stomach

  • Sekiranya anda seorang yang suka tidur mengiring: Tarik kaki anda ke arah dada dan meletakkan bantal di antara kaki anda. Ini juga akan membantu mengurangkan ketegangan yang sering berlaku.

newsletter_sleep_problems_2

 

  • Sekiranya anda seorang yang suka tidur terlentang: Letakkan bantal kecil atau segulung tuala di bawah lutut anda. Ini akan membantu belakang anda mengekalkan lengkung semula jadinya.

best-back-sleeping-positions-to-prevent-back-pain-jpg

Jika sakit belakang anda masih membuat tidur anda terganggu dan menjejaskan kualiti tidur anda atau kehidupan harian anda, mungkin sudah sampai masanya untuk anda bincang hal ini dengan doktor anda.

Dia perlu memeriksa anda dengan lebih terperinci dengan menjalankan beberapa ujian neurologi dan pengimejan untuk melihat apa yang menyebabkan sakit yang anda alami itu untuk merawat anda.

Sumber: menshealth

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close