Gaya HidupKecantikan

Nak Gigi Lebih Putih? Cuba Semua Tips-Tips Ini!

Gigi merupakan antara elemen yang penting untuk menonjolkan senyuman yang menawan. Oleh itu, makin ramai yang cuba mencari jalan untuk merawat dan memutihkan gigi mereka.

Tetapi, dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang, pasti ramai yang telah menangguhkan temu janji pemeriksaan gigi mereka.

Nak beli barang-barag keperluan pun perlu menggunakan fulus yang banyak, inikan untuk merawat gigi sendiri. Jadi, ada ke home remedies yang boleh bantu anda dalam masalah ini? Jawapannya: ADA!

  1. Kulit pisang

banana-peel

Anda hanya perlu menggosok bahagian dalam kulit pisang itu dan biarkan ia selama 5 minit.

Setelah itu, gosoklah gigi seperti biasa. Dengan mengamalkan kaedah ini, mampu memberikan anda gigi yang lebih menawan kerana ia mengandungi bahan yang mampu menanggalkan plak dan sisa-sisa makanan yang ada pada gigi.

  1. Gel aloe vera

Sliced of aloe vera leaf

Amalkannya setiap kali selepas anda menggosok gigi dengan menggosoknya pada gigi anda dan bilas. Gel daripada aloe vera ini boleh didapatkan sama ada dari pokoknya sendiri atau dari tiub gel yang dijual di pasaran sekarang.

  1. Serbuk kunyit

turmeric-powder53

Kaedah ini boleh membantu gigi anda menjadi lebih putih, memberikan bau nafas yang segar, dan mengelak daripada berlaku sebarang kerosakan.

Mudah saja, anda hanya perlu mencampur satu sudu serbuk kunyit dengan satu sudu minyak kelapa dara dan gosok mereka pada gigi anda. Kemudian bilas lah seperti biasa.

  1. Minyak kelapa dara

coconut-oil

Sebelum menggosok gigi anda, sapu minyak kelapa dara pada gigi anda dan biar selama 10-15 minit hingga ia betul-betul meresap.

Kemudian gosoklah gigi seperti biasa. Lakukan kaedah ini untuk dua hingga tiga kali seminggu dan anda akan dapat gigi yang cukup menawan!

  1. Strawberi & garam laut

oven-dried-strawberries-after-1-hour

Hancurkan dua atau tiga biji strawberi dan campurnya dengan dengan dua sudu kecil garam laut.

Gosok pada gigi anda dengan perlahan-lahan selama dua minit kemudian bilas dan gosok gigi anda seperti biasa.

Dengan kelima-lima kaedah ini, kami pasti anda akan mempunyai senyuman yang paling menawan di tempat anda dengan gigi yang putih berseri-seri!

Show More

Related Articles

Back to top button