Kesihatan

Tiba-tiba Lutut Anda Kelihatan Bengkak? Mungkin Anda Mengalami Ini…

Adakah anda mengalami bengkak pada lutut tetapi bukan kerana anda jatuh dan terhentak lutut?

Mungkin anda mengalami Prepatellar Bursitis..

ltt3

Prepatellar Bursitis adalah kebengkakan yang berlaku pada tulang tempurung lutut.

Masalah ini sering dikaitkan dengan individu yang sering melakukan kerja yang memerlukan duduk berlutut atau merangkak.

ltt1ltt2

Masalah ini akan menyebabkan bursa (bungkusan kecil berbentuk jelly) menjadi bengkak.

Bursa adalah sejenis tisu lembut yang terletak pada sendi-sendi seperti bahu, siku, pinggul, lutut dan tumit. Ianya berbentuk seperti bungkusan kecil yang mengandungi air dan terletak di antara tulang dan tisu lembut seperti otot, ligamen dan tendon. Bursa berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan geseran. Prepatella bermaksud atas tulang tempurung lutut, bursa ini terletak pada atas tulang tempurung lutut.

ltt4

Bila berlaku geseran yang berulang kali, ia akan menyebabkan bursa ini menjadi bengkak.

Apakah gejala prepatella bursitis?

  • Rasa ketidak selesaan dan rasa seperti tekanan di atas tulang tempurung lutut.
  • Sakit apabila di tekan pada kawasan yang bengkak atau sakit semasa membengkokkan lutut.
  • Rasa suam pada kawasan yang bengkak

Diagnosis

Dengan pemeriksaan fizikal pakar perubatan akan memeriksa kawasan yang sakit dan biasanya akan melakukan ujian fizikal orthopedik untuk mengenal pasti punca sakit tersebut.

X-Ray atau MRI biasanya akan di ambil untuk memastikan sekiranya anda mengalami kecederaan lain seperti tulang retak atau kecederaan tisu lain.

Rawatan

  • Rehat- kurangkan aktiviti yang menyebabkan sakit bertambah. Rehat yang cukup dan teratur akan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Ais- Pengunaan ais sebanyak 3 atau 4 kali sehari selama 20 minit dapat mengurangkan bengkak dengan cepat.

ltt5

  • Rawatan terapi seperti Ultrasound dan IFC juga dapat membantu proses penyembuhan. Selain itu, pengunaan pelindung kaki atau taping adalah antara rawatan utama untuk masalah ini.

ltt6

  • Ubat- Biasanya doktor akan menyarankan pesakit untuk mengambil ubat yang boleh mengurangkan bengkak seperti Aspirin, Ibuprofen atau Naproxen.

 

Show More

Related Articles

Back to top button