Gaya HidupMakan & Minum

Nak Buat Smoothie Dengan Lebih Mudah? Ikut Tips Ini!

Smoothie adalah salah satu makanan yang sangat sesuai untuk pelbagai perkara. Untuk hilangkan dahaga boleh, untuk mengalas perut boleh, untuk memberikan anda lebih tenaga pada waktu pagi pun boleh!

Ia sememangnya minuman yang sangat lazat dan juga memberi manfaat untuk kita. Tapi jika anda mungkin tidak begitu mahir untuk membuatnya, ia mungkin boleh dapur anda haru-biru.

Satu lagi perkara yang agak menyusahkan bila nak buat smoothie ini adalah apabila anda perlu menyediakan bahan-bahannya. Kena potong buahlah, kena sukat itulah inilah, kena pecahkan ais lagi.

Ini bukan sahaja membazirkan masa anda, tetapi juga merugikan dan menghabiskan duit anda untuk membeli kesemua bahan-bahan yang entah-entah tak perlu pun untuk hasilkan satu smoothie yang sangat lazat.

ice-cube-tray

201204img9339

Tetapi, nasib anda sangat baik kerana kami sudah tahu bagaimana caranya untuk membuat proses membuat smoothie anda menjadi lebih mudah.

Apa yang anda perlukan untuk tips ini hanyalah yogurt Greek, buah-buahan pilihan anda, bekas ais kiub, dan plastik ziploc. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

 

1. Isi bekas ais kiub anda dengan yogurt Greek dan bekukan

smoothie-1

 

2. Kemudian pindahkan yogurt yang sudah beku itu kedalam plastik Ziploc bersama-sama dengan buah-buahan pilihan anda. Simpan dalam peti beku sehinggalah anda sudah bersedia untuk membuatnya. Kisar kesemua yogurt greek dan buah-buahan yang beku tadi, dan anda akan dapat smoothie yang sedap gila!

smoothie-2

 

Perkara lain yang membuatkan tips ini sangat berguna dan best adalah, anda bolehlah sediakan ini banyak-banyak dan simpan sahaja dalam peti beku. Lain kali, apabila anda mahu buat smoothie, anda hanya perlu capai mereka di dalam peti sejuk anda. Selain itu, anda tidak perlu risau tentang sekiranya bahan-bahan itu akan jadi basi kerana bahan-bahan anda telah dibekukan!

Sumber: womenshealthmag

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker