Gaya HidupPercutian

Passport Hilang Masa Melancong? Jangan Panik, Ikut Langkah-Langkah Ini

Selalu kita dengar orang akan cakap “hati-hati bila dekat negara orang” setiap kali kita ke luar negara. Apa boleh buat kalau kita masih dilanda masalah walaupun telah berhati-hati? Mahu salahkan siapa? Takdir? Tak guna juga. Jadi, sekiranya anda kehilangan atau mungkin ada yang telah curi passport anda sewaktu bercuti, apakah tindakan yang paling wajar untuk anda lakukan ketika itu? Yang paling penting sekali, JANGAN PANIK.

1. Segera laporkan hal ini di balai polis yang berhampiran dengan lokasi anda

 800px-new_zealand_police_logo-svg

Sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini, lebih baik anda laporkan hal ini secepat mungkin kepada polis. Laporan polis adalah paling asas dan penting untuk anda bergerak di negara orang tanpa passport. Ini kerana laporan polis akan diminta jika anda mahu meminta sijil passport sementara dari kedutaan, atau jika anda mahu menuntu insurans untuk semua kos dan kerugian tentang masalah kehilangan passport ini.

 

 

2. Minta bantuan daripada kedutaan

 

Back Camera

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda simpan nombor telefon dan alamat kedutaan Malaysia di negara yang anda pergi bercuti terlebih dahulu di kln.gov.my. Setelah anda mendapat laporan polis mengenai passport anda, segera dapatkan bantuan dari mereka. Sekiranya maklumat itu dicuri bersama barang-barang yang lain, anda boleh access wifi di mana-mana kedai kopi yang ada berdekatan lokasi anda untuk dapatkan informasi tentang kedutaan Malaysia.

3. Mohon sijil passport sementara

20131029_112008

Rakyat Malaysia diberikan kelebihan untuk mendapat sijil passport sementara sekiranya berlaku kes-kes seperi ini di luar negara. Tetapi, sijil ini hanya sah untuk pulang ke Malaysia sahaja dan bukan untuk ke negara lain.

Untuk memohon, anda perlu ada:

  1. Salinan laporan polis
  • Pastikan anda simpan betul-betul laporan polis yang telah dibuat itu dan bawa bersama
  1. Dokumen yang mengesahkan bahawa anda adalah rakyat Malaysia
  • Sebelum anda pergi bercuti, pastikan anda sudah mempunyai salinan (scan sahaja) segala dokumen seperti IC, passport, lesen (yang mengesahkan anda rakyat Malaysia) dan emailkan pada diri sendiri, atau ke dalam akaun dropbox anda.
  1. Borang permohonan
  • Borang ini akan diberi pada anda di pejabat kedutaan nanti

4. Duit

lots-of-money2

Kalau passport anda sebenarnya dicuri, kemungkinan besar barang berharga lain (duit contohnya) turut dicuri. Hakikatnya, bila ini berlaku, benda yang paling penting sekali yang perlu anda adalah duit. Oleh itu, lakukan beberapa langkah ini untuk membantu anda:

  1. Asingkan duit anda; jangan pegang kesemuanya semasa bercuti. Simpan sedikit di dalam akaun bank, atau berilah pada sesiapa yang bercuti dengan anda untuk simpankan.
  2. Aktifkan kad ATM anda di luar negara
  3. Guna kad kredit jika terpaksa
  4. Hubungi keluarga di kampung untuk membantu anda

 

Kesimpulannya, walaupun kita minta untuk perkara seperti ini dijauhkan daripada berlaku kepada kita, ambillah langkah-langkah berjaga ini sekiranya perlu. Apa-apa pun, cuba sedaya-upaya untuk tenangkan diri anda dan jangan panik.

Show More

Related Articles

Back to top button